xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, February 15, 2010

Tiada Babak Bogel Untuk Jessica Alba

AKTRES terkenal Hollywood Jessica Alba berjanji tidak akan melucutkan pakaiannya ketika sesi penggambaran. Menurutnya, dia akan bijak mengawal seksinya dengan pakaian tanpa perlu membukanya.

Pelakon yang berumur 28 tahun ini mengakui dia gembira dengan memegang watak seperti itu dalam filem-filem lakonanya, tetapi peminatnya tidak pernah menyangka dia begitu berani berhadapan dengan watak sebegitu.

"Tidak, saya tidak pernah melakonkan watak bogel. Saya boleh melakonkan watak seksi dan memakai pakaian seksi, tapi saya tidak akan melakonkan watak bogel.

"Saya selalu terfikir tidak selesa dengan keadaan seperti itu. Saya masih ingat nenek saya akan memandang pelik dan memberikan tuala sekiranya saya hanya memakai coli dan seluar dalam.
"Saya daripada keluarga beragama Katolik, tidak elok untuk saya menayangkan badan saya dengan cara itu. Saya boleh mengawal seksi dengan pakaian, bukan dengan membukanya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails