xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, February 19, 2010

Elak Meniru, Dilarang Pakai Kasut


CHENNAI: Pelajar di Tamil Nadu yang menduduki peperiksaan Mac depan, tidak dibenarkan memakai kasut, sarung kaki dan tali pinggang ketika di dalam dewan.

Mereka juga dilarang memakai jam tangan, membawa telefon bimbit, kalkulator dan kertas. Semua aksesori dan peralatan itu mesti diletakkan di luar dewan peperiksaan.

Seorang pegawai direktorat peperiksaan negeri di selatan India itu berkata, larangan keras itu dikuatkuasakan bagi mengelak pelajar daripada meniru ketika peperiksaan. - Agensi

“Sudah menjadi kebiasaan pelajar menyembunyikan kertas mengandungi maklumat jawapan di dalam kasut atau sarung kaki, sebilangan yang lain memasukkannya di celah tali pinggang menyebabkan sukar dikesan. Pihak kami berpendapat penguatkuasaan larangan adalah lebih baik daripada membuat pemeriksaan ke atas pelajar,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails