xSAM Chat
Friday, February 5, 2010
6 Biji Telur Ayam Kembar
Seorang wanita terperanjat kerana enam biji telur ayam dalam sepeket yang dibelinya kelmarin apabila keenam-enam biji telur itu mempunyai kuning telur berganda!.
‘Dua kali enam, kami sangat terkejut. Saya perlu mendapatkan kamera saya untuk mengambil gambar,'kata Fiona Exon.
Dia telah membeli kotak telur-telur ternak daripada Morrisons dan telah terkejut apabila melihat kuning telurnya berkembar ketika ia memecahkan sebiji untuk bersarapan.
‘Ketika memecahkan telur yang kedua, saya benar-benar terlopongp apabila ia juga berkembar,' tambahnya. ‘Bila telur yang ketiga juga sama, saya mula memanggil rakan saya, Hectoruntuk ke dapur. Dan apabila telur yang keempat dan kelima juga berkembar kamivmula merasakan ia sedikit menakutkan,' kata Cik Exon, daripada Cumbria. Pakar-pakar segera ke tempat kejadian untuk memerhatikan peristiwa aneh ini.
Jurucakap British Egg Information Service, Kevin Coles menyatakan peluang kebarangkalian untuk mendapatkan satu kuning telur kembar dalam sebuah kotak setengah dozen adalah satu daripada 1,000.
Jadi peluang mendapatkan kuning telur berganda bagi kesemua enam biji dalam sekotak adalah lebih daripada satu di dalam satu trilion.
En Coles menyatakan kuning telur yang berganda adalah biasa bagi ayam-ayam betina lebih muda. ‘Bila permulaan ayam-ayam betina mengeram, mereka sering menghasilkan telur-telur berganda antara 18 ke 24 minggu. Kuning telur ini mungkin datang dari sekumpulan ayam-ayam betina muda.'
Posted by MeLPenang at 9:32:00 AM
Labels: Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment