Okey…..untuk koleksi rumah mewah milik orang-orang kaya (VVIP) di Malaysia, kita mulakan terlebih dahulu dengan rumah Datuk Najib. Ini merupakan rumah peribadi Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Sekarang ini beliau pun sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia, jadi kediaman rasminya ada di Seri Perdana Putrajaya
Bagi yang biasa mengikuti perkembangan di Berita Semasa, apabila disebut sahaja nama Datuk Syed Azman, pastinya akan terlintas gelaran Raja AP yang begitu dekat dan sinonim dengan individu ini. Tetapi sekarang ini beliau tidak lagi memiliki AP.
Sesuailah dengan keluasan kawasan rumah yang dimiliki sekarang ini memudahkannya mendaratkan koleksi helikopter yang dimilkinya. Rumah mewah ini didiami oleh Datuk Syed Azman Syed Ibrahim bersama-sama dnegan isterinya Datin Sharifah Aza Syed Adnan.
Jadi pekerja Datuk Syed Azman boleh dikatakan untung. Rumah mewah Datuk Syed Azman ini disediakan sekali rumah untuk pekerjanya di bahagian basement.
Rumah dan kediaman Pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Dr. Munir Majid dan isterinya
Ini pula, rumah, bekas Menteri Kesihatan iaitu YB Datuk Seri Chua Jui Meng dan isterinya
Kediaman bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga bekas Menteri Besar Perak iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isterinya, YM Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah
Rumah istirahat dan juga persinggahan bagi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Toh Puan Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Rumah mewah milik Datuk Khatijah Ahmad dan suami Datuk Ahmad Kadis. Boleh digelarkan iron lady Malaysia dan wanita yang berpengaruh di Malaysia.
Jika beliau mengistiharkan semua pegangan saham milik syarikatnya iaitu KAF Discounts Berhad, KAF Seagrott Campbell dan lain-lain lagi, ia boleh mencecah sekitar angka RM1 billion.
Kalau nak lihat white house versi Malaysia, inilah dia. Rumah bekas CEO Petronas dan mantan Timbalan Perdana Menteri, YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YM Che Puan Noor Yvonne.
Rumah YB Dato Seri Annuar Musa dan YB Datin Seri Rosniah
Rumah milik peribadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman
Rumah Allahyarham Tan Sri Dato S.M Nasimuddin Amin dan balunya Puan Sri Zaleha Ismai yang juga ayah kepada CEO Naza sekarang ini iaitu SM Nasaruddin. Rumah ini dibeli dalam satu acara lelongan di Danaharta sekitar RM6.5 juta pada tahun 2001.
Rumah Tan Sri Dato Francis Yeoh dan mendiang iaterinyaPuan Sri Rosalind Yeoh. Beliau merupakan anak sulong kepada billionaire Malaysia, mendiang Tan Sri Dato’ Seri Yeoh Tiong Lay. Sekarang ini beliau merupakan CEO YTL Group.
Rumah Allahyarham Datuk Zakaria, bekas ahli Dewan Undang Negeri Pelabuhan Klang suatu masa dahulu.
Rumah dan villa Datuk Mukhriz Tun Mahathir, iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Rumah Tan Sri Khalid Ibrahim. Kalau dahulu beliau menjaga dan mengendalikan beratus-ratus anak syarikat ketika beliau menjadi CEO Kumpulan Guthrie Berhad. Sekarang ini beliau merupakan Menteri Besar Selangor.
Rumah Yang Mulia Tunku Haitham Tunku Sulong dan isterinya
Rumah Yang Mulia Tunku Putri Barirah Tunku Sulong dan suaminya
Rumah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Toh Puan Mahani Idris. Dapat tengok pagar pun jadila….kan. Rumahnya berada di atas bukit more of palace actually yang terdapat pelbagai kemudahan seperti surau dan juga mempunyai pencawang elektrik sendiri. Kalau nak tengok lebih lagi, boleh semak melalui aplikasi Google Earth. Sprawling! Salah satu rumahnya ini di Melawati.
SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’. Saya pernah terbaca senarai orang terkaya melalui senaraian di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Saya sendiri kurang pasti apa sebenarnya formula yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Mungkin ada di sini ingin berkongsi?
Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi dikalangan mereka yang terkaya di dunia. Jangan tidak tahu, ini kerana Tun Daim Zainuddin merupakan pemilik International Bank of Commerce (ICB)mempunyai 59 cawangan di Indonesia, 23cawangan di Afrika selain tambahan 9 cawangan di sebahagian negara Eropah.
Rumah socialite, Yang Berbahagia Datin Normah Ibrahim dan suaminya Yang Mulia Tengku Dato Uzir Tenku Ubaidillah
Rumah lama Yam Tengku Arif yang merupakan Bendahara Pahang, Tengku Abdullah Sultan Abu Bakar dan Yang Mulia Dato Habibah Yusoff.
Rumah Yam Tengku Muhaini Binti Sultan Ahmad Shah dan Yang Berbahagia Mejer Affendi Buang
Rumah Yam Tunku Puteri Tunku Dato Seri Jawahir Binti Tuanku Jaafar dan YB Tengku Dato Seri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
Ini pula orang nombor dua terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan.
Rumah ini pernah dicalonkan dalam pertandingan ‘Australian House of the Year’ yang akan diumumkan tahun depan di Sydney. Rumah itu, dengan pelan luas terbuka dan reka bentuk yang modern, menawan hati para hakim Hunter Home Award yang menyifatkannya sebagai “sensasi dan praktikal” pada majlis penyampaian anugerah itu di Newcastle, kira-kira 120km dari Scone.
Rumah itu mempunyai ruang tingkat terbuka yang luas, kolam renang dengan alat pemanas, dua pendiangan, taman dengan landskap yang indah dengan tumbuhan pokok asli dan pemandangan menakjubkan dari serata sudut rumah.
Rumah ladang menakjubkan Kia Ora berharga berjuta dolar milik hartawan Malaysia T. Ananda Krishnan berhampiran pekan Scone, kira-kira 330km dari Sydney. Kia Ora bermaksud “Selamat Datang” dalam bahasa Maori.
Rumah yang dikatakan milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang bernilai RM24 juta.
Rumah pengarah drama dan filem tersohor negara, Datuk Yusof Haslam dan isteri. Ingat Sembilu Kasih, ingat beliau. Ingat Gerak Khas, ingat beliau. Kalau dahulu zaman 70 an, Datuk Yusof Haslam hanyalah seorang konduktor bas mini. Tetapi sekarang hasil usaha keras yang berterusan, beliau kini sudah berjaya.
0 comments:
Post a Comment