AISHWARYA Rai Bachchan yang masih belum sembuh daripada demamnya itu tetap kelihatan cantik.
Walaupun dalam keadaan tidak sihat, dia dikatakan telah melawat nenek suaminya untuk menyambut hari jadi nenek suaminya, Abhishek Bachchan
"Aishwarya semakin pulih, tapi bukan seratus peratus lagi. Dia sebenarnya adalah cucu kesayangan nenek saya. Itu yang membuatkan dia sanggup ke Bhopal," kata Abhishek.
Kakak Abhishek, Shweta Bachchan-Nanda juga turut bersama pasangan suami isteri itu melawat neneknya di daerah tersebut.
"Kami membuat kejutan pergi ke Bhopal malam semalam sempena hari jadi nenek ke-80. Kehadiran kami di rumahnya bagaikan sebuah hadiah yang tidak ternilai," katanya
0 comments:
Post a Comment