xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, February 23, 2010

Ibu Jari Kaki Ganti Ibu Jari Tangan

http://resources1.news.com.au/images/2010/01/27/1225824/115137-geoff-mclaren-with-his-wife-and-son.jpg
Geoff McLaren di hospital, bersama isterinya Roslyn dan anak lelakinya Trevor.

GEOFF McLaren telah boleh mengangkat naik ibu jari tangannya naik - atau, dengan kata lain ibu jari kakinya - untuk tangan barunya.

Jurujual senapang dan inspektor senjata api menggantikan ibu jari tangannya yang hilang dengan ibu jari kakinya selepas terlibat dalam satu kemalangan di tempat kerja.

Doktor-doktor bedah di Sydney Hospital menggantikan ibu jarinya yang hilang dengan ibu jari kakinya dalam sebuah operasi pembedahan yang kompleks, 11 jam operasi - yang pertama seumpama ini sejak 10 tahun di hospital itu.

Berusia 62 tahun dan menjalani mikrosurgeri pada hari Jumaat lalu dan melihat ibu jari barunya buat kali pertama minggu ini.

Geoff McLaren berkata dia agak gembira dengan hasilnya.

"Kelihatan seperti ibu jari yang bengkak," katanya. "Sekurang-kurangnya ia memrlukan masa yang lama untu memotong kuku-kuku ibu jari saya (kerana lambat tumbuh)."

Tetapi bapa kepada empat anak daripada Milton ini tidak selalu bergurau tentang kesusahannya. Dia gemar memakai capal dan hampir membatalkan operasi pembedahannya.

Pengarah Hospital Sydney yang terlibat dalam pembedahan, Dr Tim Heath berkata operasi pembedahan ini biasa di luar sana, di mana orang tidak begitu risau tentang kelemahannya - dan di mana tidak dapat memakai capal seperti biasa.

Ia akan mengambil masa setahun sehingga En McLaren mampu sepenuhnya menggunakan ibu jari tangannya, kerana ia akan mengecut dan kelihatan seperti satu ibu jari yang normal.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails