xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, February 15, 2010

Filem Terakhir Brittany Ditayang Jun Depan

SEBELUM meninggal dunia, aktres Hollywood Brittany Murphy sempat menghabiskan penggambaran filem seram Abandoned. Mengikut perancangan, filem itu akan ditayangkan pada Jun depan.

Menurut Aceshowbiz semalam, Brittany telah menyelesaikan penggambaran Abandoned pada Jun 2009. Dalam filem tersebut, bintang Ramen Girl itu tampil bersama Dean Cain dan Mimi Rogers.

Filem terbitan Jeffrey Schenck itu mengisahkan tentang Mary lakonan Brittany yang tiba-tiba mendapat surat ugutan selepas kekasihnya menghilang. Jeffrey berkata karakter Mary sangat menggambarkan peribadi sebenar Brittany. ”Dalam filem ini, Brittany melakonkan watak yang pintar dan tabah, mengingatkan kita kepada dirinya,” ujar Jeffrey

Brittany Anne Murphy-Monjack lahir pada 10 November 1977. Aktres yang popular menerusi filem Clueless itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 20 Disember 2009.

Pejabat koroner Los Angeles, Amerika Syarikat mengesahkan Brittany meninggal dunia kerana pneumonia dan keracunan ubat.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails