(Dari kiri) Rajkumar tertuduh, mangsa Pankaj dan pengantin perempuan
Pengantin lelaki, Pankaj Kishore Karotia, berusia 24 tahun baru sahaja disahkan sebagai pasangan suami isteri dan akan membawa pengantin perempuan daripada jamuan perkahwinan ke rumahnya ketika dia ditembak.
Senapang itu secara tidak sengaja tertembak sebaik sahaja bapa saudaranya memasukkan peluru ke dalam senapang. Lebih tragik lagi tembakan itu tepat ke kepala Pankaj.
Seorang jurucakap polis di New Delhi, India, berkata bapa saudara telah ditangkap untuk dakwaan membunuh tanpa niat.
Acara tembak-tembakan semasa upacara perkahwinan di India adalah satu tradisi perayaan popular tetapi malangnya ia menyebabkan satu kematian yang tidak disengajakan.
0 comments:
Post a Comment