xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, February 9, 2010

Alasan Biasa Artis Kita




Tadi masa baca-baca “Majalah Apo?” keluaran MOY, terbaca satu ruangan yang berkaitan dengan artis ni. Tak sangka boleh jumpa artikel perli artis baik punya kat situ. Hehehe. Baca punya baca, apa yang tertulis kat situ memanglah kita semua dah tahu dan dah jangka dari awal. Kisah perangai pelik artis-artis kita ni nak cover muka depan media. Bagai pijak semut tak mati.

Contoh lain, macam seorang artis lelaki tu, nak kritik-kritik blogger yang menulis kisahnya yang kantoi di sebuah kelab malam. Biar pun alasan yang diberikan macam-macam dan kononnya dia ke kelab malam untuk bertemu rakan semata-mata, macam lah sebelum dan selepas ni tak masuk lagi kelab malam? Dunia ni kecil aje.

Lepas tu kantoi ada sekali pula teman wanita dia kat situ. Si teman wanita kata dalam sebuah rancangan TV, memang benar dia ada hubungan dengan si lelaki tu dan doa-doakan ajelah hubungan mereka. Masa we all dengar, ek eleh?!! Hari tu kemain menggelupur masa Oh! Artis keluarkan artikel mengenai hubungan mereka di Twitter. Lepas tu macam tu pulak?

Kalau korang nak tahu, kalau 10 artis ni cakap kat depan wartawan, 1 je yang korang boleh caya. Siapa mereka? Takkan la ada yang tak tahu kan? Anyway layan ajelah artikel dari “Majalah APO?” di bawah. Wohha!



0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails