Magnus Muhr telah menghasilkan karya dengan menggunakan lalat-lalat yang sudah mati bagi menghasilkan gambar-gambar yang menghiburkan.
Jurugambar yang tinggal di dalam bandar Sweden, Karlskoga, mengutip bangkai serangga daripada tingkap-tingkap dan lampu-lampu di sekeliling rumahnya, kemudiannya memberikan mereka satu kehidupan baru dalam sarkas lalatnya dengan beberapa sentuhan penselnya.
Lalat-lalat itu dibentuk dalam pelbagai aktiviti-aktiviti manusia, daripada berjemur sehinggalah menari.
"Saya mendapat idea itu beberapa tahun lepas di sebuah parti. Saya bosan dan bersiar-siar, ketika itu saya menemui seekor lalat mati di atas tanah dan terus mendapat idea ini," katanya. "Bila saya pulang ke rumah saya meletakkan lalat itu di atas kertas putih, kemudian melukis kakinya dan latar belakang dengan sebatang pensel lalu mengambil gambar"
"Saya rasa ia menjadi popular kerana ia sangat mudah dan tidak perlu sebarang teks dialog, saya menggunakan bahasa antarabangsa dan jenaka itu melibatkan perasaan manusia dan aktiviti-aktiviti harian," katanya.
Dengan menggunakan penyepit kecil bagi meletakkan serangga-serangga itu siap disusun atur dan telah membuat 25 seumpamanya.
Beberapa gambar-gambarnya mempunyai keterangan dalam bahasa Sweden, tetapi saya kira gambar ini satu dipanggil
MOTHer...
...dan yang ini Daddy Long Legs
0 comments:
Post a Comment