SELEPAS pelakon Indonesia, Luna Maya dikecam baru-baru ini kerana mencemuh wartawan hiburan melalui laman sembang Twitter, kini artis baru Malaysia Ammar Alfian Aziz atau dikenali sebagai Neo dalam drama Tari Tirana pula dengan beraninya mengikuti jejak langkah Luna.
Tindakan berani Ammar di laman sosial facebook mendapati dia begitu marah dan emosi dengan pihak media kerana beberapa sebab tertentu.
Kekasih kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana ini, telah sanggup melemparkan kata-kata ugutan dan kesat serta berbaur lucah kepada seluruh wartawan di Malaysia terutamanya wartawan hiburan.
Rasa ketidakpuasan hatinya dalam laman sosial Facebook itu dipamer di status facebooknya pada Jumaat, 5 Februari sekitar pukul 8 malam.
Ammar turutn menuduh wartawan di Malaysia sebagai bodoh dan berpura-pura.
Posting Ammar di Facebook malam kelmarin berbunyi: "Cant believe how stupid n fake reporters are.. creating stories for their own benefits without thingking dat they're ruining other people's lives.. I ***** HATE REPORTERS IN MALAYSIA".
Jejaka berusia 22 tahun itu turut membuat justifikasi atau alasan di sebalik tindakannya itu kepada rakan-rakan facebooknya. Kononnya, dia berkata demikian setelah diprovokasi oleh beberapa wartawan untuk mendapatkan cerita buruk tentang dirinya.
Ammar berkata,..."well they're provoking me by making up stupid dumb story"
Dalam kenyataan susulannya, Ammar turut membuat ugutan bunuh kepada para wartawan yang menulis cerita buruk tentangnya.
"Seriously if i meet up with dat ****** who created those stories bout me im gona ****** kill em.. DATS MY WORD," katanya seperti dipetik dari Facebooknya.
Bagaimanapun, tinjauan mStar Online mendapati Ammar telah membuang beberapa nama yang disyakki berstatus wartawan dari senarai rakan facebooknya beberapa jam kemudian, hari yang sama.
Sementara itu, Ammar yang cuba dihubungi dari semalam tidak menjawab panggilan telefon dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar bagi memberi peluang Ammar menjelaskan situasi sebenar.
0 comments:
Post a Comment