Ininya adalah perkhidmatan sempena Hari Kekasih, World's Smallest Postal Service mempunyai alternatif untuk menyambutnya dengan unik.
Berpangkalan di San Francisco, kakitangan disana akan mentranskripsikan kata-kata cinta anda menjadi surat-surat kecil, ditulis di atas sehelai kertas yang tidak lebih besar ukurannya daripada sekeping setem atau seumpamanya.
Ia kemudiannya akan dilipat dengan berhati-hati dan dimasukkan ke dalam sepucuk sampul surat dan dialamatkan kepada orang yang tersayang juga dengan sekeping setem yang mikroskopik.
Jangan bimbang tentang kehilangan surat ini di dalam karung posmen anda, ianya akan disertakan bersama pakej istimewa… satu 10x kanta pembesar.
Ketua Pos, Lea Redmond berkata dia mendapat idea ini ketika musim panas 2008. "Idea ini muncul secara tiba-tiba di dalam kepala saya dan ia begitu lucu sehingga saya tidak mempunyai pilihan lain tetapi menjadikan ia kenyataan,".
"Saya rasa ia hanyalah satu bakat semula jadi. Saya baru menyedari yang tidak semua orang dapat menulis dengan tulisan yang sangat kecil."
xSAM Chat
Sunday, February 21, 2010
Perkhidmatan Pos Surat Terkecil Di Dunia
Posted by MeLPenang at 8:02:00 AM
Labels: Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment