Seorang pekerja nakal di Macquarie Bank di Sydney, Australia, sedang melayari imej-imej 'panas' — termasuk gambar teman wanita Orlando Bloom, Miranda Kerr — ketika seorang pemberita Channel 7 bersiaran secara langsung daripada pejabat yang sama.
Klip yang memalukan ini telah menjadi hit dengan segera dengan beribu-ribu ingin melihat tingkah laku pekerja nakal tersebut.
Ketika seorang penganalisis perniagaan sedang serius melaporkan kadar-kadar faedah terkini, kamera pula 'zoom' ke arah pekerja nakal itu.
Dia dengan jelas kelihatan amat tekun memerhati gambar separuh bogel wanita-wanita itu disebalik laporan kewangan.
Namun tidak lama selepas itu pekerja bank nakal itu berpusing ke belakang dan perasan kamera-kamera TV yang sedang membuat liputan berita di belakangnya. Dia berpura-pura berlaku seperti tiada apa-apa tetapi hakikatnya ia sudah tertangkap.
0 comments:
Post a Comment