xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, February 23, 2010

'Anak Tuhan' Rayu Jalani Pembedahan

http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/02/18/article-1266505240975-0859A163000005DC-608479_304x410.jpg
Deepak Kumar 8 tahun dan sentiasa membawa kembar parasitiknya dibahagian abdomennya.

Seorang budak lelaki yang disembah oleh beberapa golongan masyarakat India kerana keadaan fizikalnya yang mirip Tuhan Lakshmi mahu kembar dibuang supaya dia boleh menjalani kehidupan yang normal.

Walaupun dianggap 'suci' bagi beberapa golongan masyarakat, ada juga sebahagian masyarakat yang menanggap Kumar Paswan 8 tahun adalah seekor raksasa, membuatnya sering ingin menyorokkan 'kelebihannya'.

Tetapi disebalik semua itu kanak-kanak ini mahu menjadi normal dan telah melancarkan satu rayuan bagu bantuan derma bernilai ribuan pound untuk menjalani pembedahan membuang kembar parasitiknya.

Pembesaran kembarnya itu terhenti ketika di dalam rahim sebelum ia sempat berpisah sepenuhnya daripada Kumar dan menyebabkannya Kumar mempunyai tujuh anggota badan.

"Bila dia dilahirkan para doktor berkata beliau tidak akan hidup lama tetapi lihatlah sekarang!. Dia kelihatan amat sihat," kata Veeresh Paswan ayah kanak-kanak malang ini daripada Bihar, timur India.

"Saya sudah penat menjadi 'berbeza'. Saya hanya mahu hidup dengan normal," kata kanak-kanak malang ini.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails