xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, February 19, 2010

Penggodam Papan Iklan Lucah Ditahan

Penggodam papan iklan menyebabkan kesesakan lalulintas.

Polis Rusia telah menahan seorang lelaki yang telah menayangkan satu filem lucah di papan iklan raksaksa di pusat bandar Moscow.

Klip dua minit itu terus bermain di satu papan iklan di Kremlin selepas lelaki itu menceroboh ke talian syarikat pengiklanan itu.

Tayangan seks secara tiba-tiba menyebabkan kesesakan lalu lintas pada waktu tengah malam di ibu negara Rusia — dan dilaporkan juga menyebabkan seorang warga tua yang sedang memandu mengalami sakit jantung ketika sedang memandu keretanya.

Penggodam — yang menceroboh masuk ke dalam kerangka utama komputer itu boleh dihukum penjara dua tahun jika didapati bersalah.

Polis berkata: "Dia berpelajaran tinggi, menganggur ketika ini dan sangat mahir dengan internet."

Polis merahsiakan nama individu tersebut tetapi berkata dia menggodam ke dalam talian komputer kerana atas "sikap ingin tahu" dan untuk "menajamkan lagi kemahiran-kemahirannya".

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails