xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, February 21, 2010

Louisa Ball, Gadis Sleeping Beauty

Sleeping beauty Louisa Ball suffers from Kleine-Levin Syndrome, a 
rare condition where people sleep for weeks at a time
Louisa Ball mengalami masalah Kleine-Levin Syndrome, keadaan yang luar biasa di mana seseorang tidur selama berminggu-minggu pada satu masa.

LONDON: Louisa Ball, 15, menghabiskan sebahagian besar kehidupannya sejak beberapa tahun lalu dengan tidur di atas katilnya. Dia boleh tidur selama dua minggu tanpa terjaga.

Masalah tabiat tidur luar biasa yang dialami Louisa jarang berlaku dan dikenali sebagai Sindrom Kleine-Levin atau penyakit ‘Sleeping Beauty’ yang akan menyebabkan dia tertidur untuk tempoh lama kadangkala hingga beberapa minggu.

Berikutan penyakit itu, Louisa sering tidak ke sekolah, tidak dapat menyertai kelas tarian dan tidak dapat bercuti bersama keluarga kerana dia tidur nyenyak sepanjang tempoh itu.


Louisa Ball with mother Lottie and father Richard, who said she 
seemed like a different person
Louisa bersama bapanya Richard dan ibunya Lottie, yang berkata dia kelihatan seperti seorang yang berbeza.

Penyakit Louisa mula dikesan pada Oktober 2008 selepas dia sembuh daripada selesema.

Ibunya, Lottie, 45, berkata: “Dia diberi ubat selesema untuk seminggu tetapi tidak pernah sembuh sepenuhnya. Selepas itu kami dapati dia mula tidur lena untuk jangka waktu yang luar biasa lamanya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails