xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, August 25, 2010

Dedahkan jenama barangan haram ni


Aku jugak menggesa pihak kerajaan dengan kadar segera mendedahkan jenama barangan tersebut. Tindakan segera perlu bagi menyedarkan orang ramai dari terbeli lagi benda yang jelas haram dalam agama Islam. CAP mungkin agak berrisiko disaman jika mendedahkannya.

Blog ini menyokong penuh saranan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini yang menggesa kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan berakohol yang menggunakan label buah-buahan.

 Presidennya CAP, S.M Mohamed Idris (gambar) berkata minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan ia dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli oleh golongan remaja dan kanak-kanak.

“Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak sedangkan kandungan alkohol 5.5 peratus itu adalah tinggi dan tidak wajar dijual kepada kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan.

Kerajaan harus memandang serius penjualan minuman itu kerana undang-undang negara dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol adalah dilarang kepada golongan berumur bawah 18 tahun, katanya.

Idris berkata CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan anak mereka mula menggemari minuman ringan beralkohol itu. — Bernama

Read More......

Hutang lumpuh dibayar lumpuh

Cairo: Seorang hakim Saudi telah meminta pandangan dari hospital-hospital di seluruh negara samada mereka berupaya merosakkan saraf tunjang (gambar)seorang lelaki sebagai hukuman selepas dia didapati bersalah menyerang seorang lelaki lain menggunakan parang dan menyebabkannya menjadi lumpuh, kata abang kepada mangsa Khamis lepas.

Abdul Aziz Al Mutairi, 22, menjadi lumpuh dan hilang sebelah kaki selepas terlibat dalam satu pergaduhan dua tahun yang lalu. Beliau telah meminta seorang hakim di wilayah barat Tabuk untuk mengenakan hukuman yang sama (qisas) ke atas penyerangnya di bawah undang-undang Islam, kata Khaled Mutairi kepada The Associated Press melalui panggilan telefon.

Dia berkata bahawa salah sebuah hospital, yang terletak di Tabuk, menyatakan bahawa merosakkan saraf tunjang memang boleh dilakukan, tetapi pembedahan itu perlu dilakukan di hospital lain yang mempunyai fasiliti yang lebih lengkap. Akhbar-akhbar Saudi melaporkan tentang hospital kedua di Riyadh pula menolak untuk melakukankannya.

Pejabat pentadbiran kedua-dua hospital berkenaan dan mahkamah di Tabuk ditutup kerana cuti dan tidak dapat dihubungi.

Satu salinan laporan perubatan Hospital King Khaled di Tabuk telah diperolehi oleh AP yang menyatakan kecederaan sama yang dialami Al Mutairi boleh kenakan kepada penyerangnya dengan menggunakan peransang saraf bagi membuatnya mengalami kecederaan yang sama dan di bahagian anggota yang sama. Laporan tersebut bertarikh enam bulan lepas.

Akhbar Saudi Okaz telah mengenalpasti hakim tersebut sebagai Saud Bin Sulaiman Al Youssef.

Khaled Al Mutairi, 27, berkata penyerang tersebut (tidak dapat dikenalpasti) telah dijatuhi hukuman 14 bulan penjara, tetapi dibebaskan selepas tujuh bulan kerana mendapat pengampunan. Katanya lagi penyerang tersebut kini telah mendapat pekerjaan sebagai guru sekolah.

"Kami menuntut hak kami di bawah undang-undang," katanya lagi. "Mata dibalas mata."

Okaz juga melaporkan bahawa sebuah hospital terkenal di Riyadh - King Faisal Specialist Hospital (gambar)– menyatakan tidak dapat melakukan pembedahan tersebut melalui surat yang berbunyi “tidak mungkin mengenakan kecederaan seperti itu,” jelas membuat penolakan atas dasar etika perubatan.

Undang-undang di Saudi Arabia membenarkan defendan meminta hukuman yang sama dikenakan bagi kecederaan yang mereka tanggung.

Khaled Al Mutairi berkata keluarganya tidak berminat dengan gantirugi, dan bersedia menghantar penyerang tersebuat ke luar negara bagi melakukan pembedahan jika tidak dapat dilakukan dalam negara.





Apa itu Qisas

Qisas adalah kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh pesalah dan hukumannya adalah sama seperti jenayah yang dilakukannya. Hukuman ini hanya boleh dipinda dengan izin keluarga orang yang kena bunuh atau pihak yang menerima kecederaan. Sebagaimana firman allah s.w.t di dalam surah al-baqarah ayat 178 yang bermaksud:

“ Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan Yang seimbang) Dalam perkara orang-orang Yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka Dengan orang merdeka, dan hamba Dengan hamba, dan perempuan Dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) Yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak Yang terbunuh), maka hendaklah orang Yang mengampunkan itu) mengikut cara Yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) Dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa Yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”

Maksud dalam ayat tersebut adalah untuk menunjukkan persamaan daripada segi hukuman dan ini adalah cara untuk menjalankan keadilan dalam perkara jenayah bunuh pada masa sekarang. Namun apabila berlakunya pembunuhan itu dua orang ataupun lebih maka hukumannya berlainan yang mana ada sesetengah pendapat menyatakan tidak boleh dijatuhkan hukuman bunuh ke atas orang ramai yang bersekutu membunuh seseorang, tetapi hendaklah diadakan hukuman yang lain, kerana tidak terdapat persamaan antara satu dan ramai apabila hukuman dilaksanakan. Kes seumpama ini pernah berlaku pada zaman umar al-Khattab yang mana berhubung peristiwa seorang anak perempuan dengan kekasihnya membunuh anak tirinya. Selepas berbincang dengan ali bin abi talib maka keputusannya adalah membunuh kedu-duanya sekali.

Berdasarkan kes di atas ternyata yang dipertimbangkan bukan daripada segi lahir maksud persamaan,tetapi dipandang daripada sudut jenayah itu sendiri. Ternyata jenayah itu tetap suatu jenayah walaupun dilakukan oleh sekumpulan yang ramai ke atas seseorang.

Read More......

Semoga mereka gugur syahid


22 Ogos 2010 - Pattani News

Kekejaman demi kekejaman berlaku di Wilayah Selatan Thailand (Fathani). Yang terbaru ialah pembunuhan kejam terhadap seorang remaja berusia 20 tahun yang bernama Imaduddin Bin Harun.

Almarhum berasal di Yalutong Narathiwat, menetap di Malaysia dan pernah melanjutkan pelajaran di Indonesia. Melihat kepada keadaan mayat dan berdasarkan cerita saksi, jelas sekali bahawa pembunuhan ini telah dirancang oleh tentera Siam laknatullah.

Pada Sabtu 7 Ogos 2010 Almarhum Imanuddin bin Harun telah pergi ke Sungai Golok bersama temannya. Semasa di Sungai Golok beliau telah diperdaya oleh sekumpulan lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota keselamatan. Kemudian mereka telah menahannya dan membebaskan temannya. Menurut temannya, semasa tangkapan dibuat salah seorang dari mereka telah menunjukkan isyarat tangan 'tanda sembelih' dan ditunjukkan kepada Almarhum. Ketika kejadian juga pihak yang menahan Almarhum yang dikenali dengan tentera penyamaran siam atau Tahann Phran telah menghubungi temannya di Malaysia.

Pada hari Ahad, lebih kurang jam 2 petang, Almarhum telah menghubungi ayahnya meminta supaya pergi ke Sungai Golok karana ada hal yang sangat penting. Perbualan telefon itu tiba-tiba terputus dan ayahnya tidak dapat menghubunginya lagi selepas itu.

Semasa perbualan telefon dengan Almarhum, ayahnya dapat mendengar rayuan suara anaknya seperti ada sesuatu di sebalik ajakan itu dan tahu bahawa Almarhum sedang disiksa karena nada suara Almarhum yang begitu lemah. Ayahnya yakin bahwa ada muslihat di sebalik panggilan itu dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana panggilan sudah terputus dan tidak dapat menghubunginya lagi.
Almarhum telah diseksa dengan kejam pada hari Sabtu dan dipercayai meninggal sekitar jam 4 petang Ahad.

Melihat kepada mayat Almarhum (gambar), terdapat kesan melecur akibat ditusuk dengan besi panas, disembelih pada leher depan dan belakang, ditikam sebanyak 4 kali, dan dikelar pada badan dengan pisau. Menurut seorang saksi, dia ada terdengar suara minta tolong semasa masuk ke hutan mencari petai tetapi tidak dapat membantu kerana terlalu takut. Beliau hanya ke tempat kejadian pada keesokan harinya dan menemui mayat Almarhum. Kawasan hutan yang dikenali sebagai Wakaf Siku weng itu sering menjadi tempat pembuangan mayat selepas disiksa tentera Siam. Al-Fatihah untuk Almarhum.

Mujahideen Chechen yang gugur

Sedekahkan juga pahala bacaan Al-Fatihah kepada mujahid Magomedali Vagabov (gambar) iaitu suami kepada Almarhumah Mariam Sharipova, bersama empat pejuang yang lain, yang terbunuh Sabtu lepas dalam satu pertempuran dengan tentera Rusia di kampong Gunib, wilayah Kaukasus utara Dagestan.

Vagabov adalah salah seorang pemimpin tertinggi pejuang Chechen menentang Russia.

Pada hari yang sama dalam satu kejadian berasingan, seorang lagi ketua pejuang Chechen, Hamzat Shemilev, telah gugur syahid (Insyaallah) dalam satu pertempuran dengan tentera Rusia.

Pihak berkuasa berkata bahawa beliau terperangkap di dalam rumahnya apabila dikepung tentera dan kemudiannya diminta menyerah diri. Beliau sebaliknya menyerang tentera dan akhirnya gugur syahid, Insyaalah.

Semoga mereka yang gugur diterima Allah sebagai syuhada'.

Al-Fatihah

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Pattani news & AlJazeera




Read More......

Kereta terkecil di dunia

 
Peel P50 is the perfect car on a crowded street. Only 50 cars were prodused and sold between 1963 and 1964, but only 20 are still around today. 

The original price was 200 pounds, but today you can’t buy one of these micro-cars with less than 35,000 to 50,000 pounds.

The three-wheeled car has only one door on the left side, one windscreen wiper and one headlight. At 134 cm in length and 99 cm in width, the Peel P50 mini-car was designed to accomodate one adult and a shopping bag.

Read More......

Tuesday, August 24, 2010

Celakalah orang yang solat

Kenapa orang yang solat tetapi dipanggil celaka? Biar betul, kalau orang yang solat celaka, apa lagi yang tak solat? Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang solat tetapi celaka ini.Artikel ini sebagai pesanan untuk diriku sendiri juga.

Sebenar ayat ini dirujuk daIni adalah seperti dalam surat al- Ma’un ayat ke – 4

yang bermaksud

celaka orang yang solat

“Maka celakalah orang yang solat”.

Pada ayat ke-5 Allah menjelaskan bahawa orang-orang yang mendapat celaka dalam solatnya ialah :

“(Iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya.”

Saahuun; maknanya ialah lupa.

Yang di maksud celaka adalah apabila seseorang telah melakukan solat, tetapi solat itu tidak membawa manfaat dan kebaikan sama sekali. Ini kerana tidak dikerjakannya dengan sungguh-sungguh ; masih setengah-setengah dalam menjalankannya.

Tidak peduli apakah solatnya sudah betul atau tidak, dan solat hanya sebagai menjalankan kewajipan sahaja.

Tidak timbul kesedaran sebagai seorang Hamba Allah, “maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu”(QS. al-Kaustar ; 2), yang sepatutnya kita memperhambakan diri kepada Allah dan mengerjakan solat sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam Al-Quran.

Dan termasuk orang yang celaka kerana solatnya adalah ketika dalam menjalankan solat dengan tidak penuh khusyuk, Allah Taala telah menyeru dalam al-Qur’an “peliharalah semua solat dan solat wusta, dan laksanakanlah (solat) kerana Allah dengan khusyuk ”(QS. Al-Baqarah : 238).

“Tidak ada bagi seorang yang datang kepadanya solat wajib, lalu ia memperbaiki wudhuknya, khusyuknya dan rukuknya, kecuali solat itu akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu, selama ia tidak melakukan dosa-dosa besar, dan hal ini untuk setiap masa”. (HR. Muslim).

Solat yang khusyuk adalah solat yang dikerjakan dalam keadaan berharap, cemas, dan cinta, serta dengan takbir yang sempurna, lantunan ayat yang tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan diliputi kerendahan hati serta keikhlasan. Tentu tidak lupa harus sesuai dengan syariat.

Tips agar solat kita lebih khusyuk:

“Shalatlah seperti solat orang yang hendak berpisah , seakan-akan ini adalah solat yang terakhir dalam hidup kita dan seakan-akan kita melihat-Nya, walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw, “Jika kamu berdiri untuk melaksanakan solat, maka solatlah seperti solatnya orang-orang yang akan berpisah (meninggal).” (HR. Ibnu Majah)

Dan solat itu juga dilakukan pada waktu yang telah di tentukan, Allah Taala berfirman “Sungguh, solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (QS. an-Nisa : 103) tidak megakhirkan waktu solat atau juga tidak solat di luar waktunya.

Seperti apa yang kita lihat sekarang ini, ramai orang yang mengakhirkan solatnya kerana sayang hendak meninggalkan cerita di TV, kerana hendak menyiapkan kerja harian dan sebagainya.

Sabda Nabi saw. “Sebaik-baik amal adalah solat pada awal waktunya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Read More......

Monday, August 23, 2010

Ingin mengahwini wanita Qatar?

Habib Toumi of Gulf News – Ogos 15, 2010

Manama: Seorang lelaki muda Qatar memerlukan sehingga satu juta riyal (RM863,146) untuk berkahwin dalam masyarakat di mana kekayaan telah menjadi satu-satunya simbol status sosial yang diterima.

Masalahnya ialah sekalipun Qatar adalah sebuah Negara yang sangat kaya, di mana pendapatan per kapita rakyatnya mencecah $100,000 (RM86,315), tidak semua mampu mengeluarkan belanja bagi satu perkahwinan biasa.

Terutamanya apabila majlis perkahwinan berlangsung dalam masyarakat kecil Qatar yang masih mengutamakan cara tradisi, lapor akbar The Peninsula kelmarin.

Pinjaman Bank

Dan jika sekiranya seorang lelaki muda Qatar itu bukan dari golongan berada, dia masih dapat melangsungkan perkahwinan melalui pembiayaan sendiri, biasanya melalui pinjaman bank, simpanan sendiri atau bantuan keluarga, dia sudah pasti akan terjerat dengan perangkap hutang yang membebankan.

Beberapa lelaki Qatar lebih memilih untuk bekerja dengan kerajaan berbanding swasta, terutamanya kerana ia menjaminkan mereka keselamatan sosial dan memudahkan mereka memiliki rumah idaman melalui pinjaman perumahan jangka-panjang yang lebih ringan.
Dahulunya masyarakat Qatar berpegang kuat kepada ajaran Islam di mana pembaziran dalam sebarang bentuk, termasuk perkahwinan, adalah dilarang.

Walaubagaimanpun, penemuan minyak dalam awal ‘50an telah mengubah struktur sosial Qatar kepada budaya konsumerisme.

Sikap mengutamakan kekayaan berbanding nilai-nilai sosial telah membawa kepada budaya suka bersaing yang begitu ketara. Semangat tolong-menolong yang pada satu masa dulu menjadi ciri utama dalam masyarakat kabilah yang biasa tinggal di kawasan rupabumi kasar Semenanjung Arab, kini digantikan dengan semangat bersaing harta kekayaan dan budaya suka menunjuk, kata akhbar itu lagi.

Keluarga hari ini bersaing antara satu sama lain dalam pemilikan harta benda. Sebagai contoh, jika satu keluarga memiliki tiga buah Land Cruisers dan perabut Itali, jirannya pula pasti berkeinginan memiliki empat buah Land Cruisers dan akan mendapatkan dekor Itali yang terbaru dan malah lebih mahal.

Kajian sosial

Beberapa orang ahli sosiologi Qatar, termasuk Dr. Ameenah Al Jaber, telah membuat kajian tentang isu sosial ini.

Budaya berbelanja besar juga terbawa-bawa ke dalam institusi perkahwinan di Qatar, di mana ianya menjadi terlalu materialistik sehinggakan seorang lelaki Qatar yang berpendapatan sederhana akan mendapati bahawa membiayai perbelanjaan perkahwinan yang tinggi adalah merupakan aspek paling mencabar dalam hidupnya.

Pada masa lalu, kerajaan dan juga beberapa organisasi kebajikan, telah berusaha mengadakan perkahwinan besar-besaran bagi membantu golongan muda Qatar, akan tetapi usaha tersebut tidak mendapat sambutan kerana bagi masyarakat Qatar, tiada keluarga yang akan mengaku secara terbuka bahawa mereka kurang mampu berbanding yang lain.

"Sikap semulajadi suka bersaing secara tidak sihat dan suka melebihkan diri adalah merupakan punca utama kegagalan perkahwinan berkumpulan. Mereka lebih suka dibebankan dengan hutang sepanjang hidup daripada melakukan kebajikan melalui cara perkahwinan yang mereka anggap kelas rendah," kata seorang wartawan kepada The Peninsula.

Perbelanjaan perkahwinan bermula dengan pertunangan. Seorang lelaki Qatar perlu membayar ‘Mahar’. Seorang yang kaya biasanya akan menyediakan ‘mahar’ sebanyak 100,000 riyal (RM86,315) bersama-sama dengan dengan cincin pertunangan yang berharga antara 5000 dan 12,000 riyal (RM4316 – 10,358)

Satu set perhiasan, bertatah berlian, biasanya dipersembahkan kepada bakal pengantin bernilai sekitar 60,000 ke 120,000 riyal (RM51,789 – 103,577).

Perhimpunan keluarga

Majlis itu kemudiannya perlu diraikan dengan sekurang-kurangnya diadakan parti untuk bakal pengantin perempuan, di mana ahli keluarga kedua-dua pihak akan berhimpun. Sebahagian memilih rumah sahaja sebagai lokasi sementara yang lain pula menempah hotel.

Menurut sumber tempatan, dalam setiap kes, purata perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh si lelaki untuk parti seperti ini ialah sekitar 80,000 riyal (RM69,052).

Si lelaki dan wanita itu, sekalipun belum dinikahkan, dibenarkan bertemu selepas pertunangan, tetapi bukan secara bersendirian.

Ideanya adalah untuk membolehkan mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Kebiasaannya, si lelaki akan bertandang ke rumah wanita dan mereka bertemu dengan kehadiran seorang kanak-kanak.












Read More......

Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.

Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti Pertama :



-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.

Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber pemberi salinan surat ini.



Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..

Perbetulkan aku jika ada kesilapan..

Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..

mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..

-sumber blog

Read More......

Friday, August 20, 2010

Tikus Gergasi



SEEKOR tikus gergasi yang ditembak mati.



Penduduk di kawasan kediaman Ravenscliffe di sini mengadu kepada pihak berkuasa Britain mengenai kemunculan spesies tikus bersaiz gergasi ditemui di dalam rumah mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penduduk, Brandon Goddard, 31, mendakwa, dia berjaya menembak mati seekor tikus itu yang sepanjang 76 sentimeter (sm).

Namun dia kemudian mendapati terdapat beberapa lagi ekor tikus yang masih bebas berkeliaran di kawasan kediaman mereka.

Jiran Goddard, Julie Briggs berkata, dia dan suaminya, Andrew Denton, 24, pernah mendengar bunyi tikus itu bergaduh di sebalik dinding rumah mereka sambil kejar-mengejar seperti perlumbaan kereta.

Masalah itu dilaporkan kepada seorang pakar di Persatuan Mamalia Britain, Laura Drake yang datang menyiasat ke kawasan kediaman tersebut.


Dia menganggap tikus itu mungkin coypu, sejenis rodensia dari Amerika Selatan dan sering dirujuk sebagai tikus gergasi.

Katanya, haiwan itu sudah pupus di Britain lebih 20 tahun lalu namun menegaskan adalah tidak mustahil keturunannya masih wujud manakala Presiden Kelab Tikus Yorkshire, Colin Arundel berkata, tikus tersebut mungkin gemuk kerana mendapat banyak sumber makanan. 

Read More......

UMNO Pulau Pinang:Rumah siap, pahat masih berbunyi

Dilema dua bahagian UMNO dalam Negeri Pulau Pinang belum selesai sehingga ke hari ini. Walaupun persidangan perwakilan UMNO bahagian seluruh Pulau Pinang telah berjayadisempurnakan namun begitu bak kata pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Dalam lain ertikata, walaupun kedua-dua kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Bendera dan UMNO Jelutong telah selesai mengadakan persidangan masing-masing, masih ada suara dari perwakilan UMNO dalam bahagian masing-masing yang saling mempertikaikan kedudukan antara satu sama lain.


Bagi UMNO Bukit Bendera yang menyaksikan kemunculan semula mantan Ketua Bahagian, Ahmad Ismail untuk menerajui kepimpinan bahagian tidak kesampaian, apabila dalam sidang media beliau pada 5 Ogos yang lalu menzahirkan bahawa keputusan beliau adalah untuk tidak bertanding - semata-mata bagi memberi peluang kepada kepimpinan parti komponen untuk mendapatkan semula sokongan rakyat di Pulau Pinang.

Kontroversi yang dicungkil Ahmad Ismail
Sebelum itu, 36 Ahli Jawatankuasa UMNO Bukit Bendera telah meletakkan jawatan secara sukarela bagi membolehkan mesyuarat agung luar biasa diadakan. Ia juga bertujuan untuk membawa semula Ahmad yang telah digantung oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada September 2008 yang lalu menerajui semula bahagian tersebut.

Keahlian Ahmad digantung kerana didakwa telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Cina, apabila Ahmad dituduh menyifatkan mereka sebagai "penumpang" dalam negara ini ketika berceramah pada 25 Ogos 2008, semasa berkempen di PRK Permatang Pauh.

Keadaan bertambah buruk apabila Ahmad mendesak Gerakan yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) supaya keluar dari BN. Keadaan bertambah runcing apabila salah seorang penyokongn beliau mengoyak gambar Pengerusi Gerakan Negeri ketika itu, Koh Tsu Koon.

Namun begitu, pada Disember 2009 yang lalu, MT telah menarik balik keputusan penggantungan terhadap Ahmad. Beliau dibenarkan untuk aktif semula dan sekaligus mendapat sokongan dari bahagian lamanya.

UMNO bahagian Bukit Bendera yang diterajui oleh Abdul Jalil Ariffin yang sepatutnya mengadakan persidangan perwakilan mereka telah tertunda persidangan perwakilan mereka sebanyak dua kali, iaitu pada 11 dan 31 Julai yang lalu.

Persidangan perwakilan hanya dapat dijalankan pada 8 Ogos baru-baru ini ,bertempat di Eastin Hotel, Pulau Pinang dengan kehadiran wakil Perhubungan UMNO Negeri, Musa Sheikh Fadzir yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Negeri.

Kemunculan semula Ahmad itu bukan sahaja diberi sambutan meriah seorang wira bangsa dengan diserikan oleh pencak silat dan bunga manggar, tetapi juga dinobatkan sebagai seorang wira yang memperjuangkan masyarakat Melayu di bahagian Bukit Bendera oleh penyokong-penyokongnya.

Kemelut berlanjutan

Tidak lama selepas dinobatkan sebagai wira, kemelut yang melanda UMNO bahagian Bukit Bendera tidak terhenti di situ sahaja. Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian, Rose Akmar Ahmed telah membuat laporan polis terhadap persidangan perwakilan yang dianggapnya sebagai melanggar peraturan mesyuarat.

Rose Akmar (gambar kiri) juga mendakwa bahawa ini bukan kali pertama beliau dinafikan hak sebagai perwakilan, malah pada tarikh asal iaitu 11 dan 31 Julai juga beliau bersama enam lagi perwakilan dalam cawangan Kampung Mutiara tidak menerima notis jemputan.

Beliau yang turut membuat laporan polis di balai polis Butterworth pada hari yang sama persidangan perwakilan bahagian diadakan turut melahirkan rasa kesal kerana sikap bahagian yang meminggirkan cawangannya yang sememangnya sah dari segi peraturan dan persidangan agung parti.

Manakala Musa semasa sidang media selepas persidangan pada 8 Ogos di Hotel Eastin turut menyatakan, bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan boleh membuat bantahan dengan mengemukakan surat kepada perhubungan UMNO negeri.

Dilema merebak ke Jelutong

Dilema dalaman UMNO ini bukan saja terhenti setakat UMNO bahagian Bukit Bendera. Ia juga merebak kepada UMNO bahagian Jelutong yang diterajui oleh Abdul Razak Abdul Rahman sebagai ketua bahagiannya.

UMNO Bahagian Jelutong yang mempunyai 25 cawangan kini ternyata berpecah kepada dua apabila 17 cawangan yang turut didakwa hak mereka dinafikan apabila cawangan yang ada telah ditutup tanpa persetujuan mereka.

Abdul Wahab Abdullah yang mewakili 17 cawangan yang didakwa ditutup oleh Perhubungan UMNO Negeri turut mempertikaikan keputusan yang telah dibuat sebagai tidak menghormati seramai lebih dari 4,000 ahli UMNO yang masih setia kepada 17 cawangan-cawangan tersebut.

Namun begitu Setiausaha UMNO Negeri, Azhar Ibrahim (gambar kiri) turut menyatakan keputusan yang telah diambil oleh Perhubungan UMNO Negeri bukanlah untuk menganiayai mana-mana ahli UMNO dalam bahagian Jelutong, sebaliknya adalah bagi kebaikan dan masa depan UMNO.

Mereka telah diserapkan untuk menjadi ahli kepada 25 cawangan UMNO yang sedia ada. Walaupun begitu, persoalan yang timbul di sini oleh 17 cawangan yang didakwa masih wujud - atas alasan apa mereka tidak dibenarkan untuk aktif dan mewujudkan semula cawangan-cawangan yang ada?

Mereka juga mendakwa berlakunya ketidakadilan apabila hak mereka dinafikan dengan membiarkan hanya 25 cawangan yang sedia ada diaktifkan sedangkan ketakutan sudah jelas terbayang pada kepimpinan bahagian kerana dengan aktifnya 17 cawangan tersebut akan menggugat kepimpinan bahagian yang ada.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

Read More......

Thursday, August 19, 2010

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400


9 Ramadhan 1431H.

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

Read More......

Tuesday, August 17, 2010

Memo: Naik motor berlainan jantina satu kesalahan

Menaiki kenderaan secara "berdua-duaan" di antara pelatih yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang. 
 
Menurut memo yang diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat.

Pengarahnya, Datuk Mazlan Mohamad ketika dihubungi mengesahkan bahawa larangan itu dikeluarkannya mengikut bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174). Perbuatan berdua-duaan itu sebagai "kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus," menurut salinan memo yang diperolehi Malaysiakini.

Buang bayi
"Pihak keselamatan tidak akan membenarkan kenderaan yang terlibat keluar dari pintu masuk ke IPG jika melakukan kesalahan yang dinyatakan," memo itu dipetik. "Sebab apa, kita buat begitu sebab hendak cegah. Itu lebih baik sebelum berlaku kejadian seperti buang bayi," kata Mazlan ketika ditanya sebab penguatkuasaan seperti itu.

Beliau memberi contoh perbuatan berdua-duaan yang ingin ditegahnya itu seperti "berpegang-pegangan di dalam kereta.

" Beliau juga menafikan tanggapan bahawa penguatkuasaan itu dibuat dengan melampau, memandangkan tidak ada bantahan daripada para pelajar. Katanya lagi, peraturan itu hanya dikuatkuasakan di kawasan kampus dan ditujukan kepada para pelajar yang secara terang-terangan dan berulang-kali menaiki kenderaan secara berdua-duaan untuk keluar daripada kampus tersebut.

"Saya jelaskan kepada pelajar, bukan tidak boleh langsung naik motorsikal bersama. Kalau ada urusan tak apalah. "Cuma kita tidak mahu para pelajar ini sering keluar malam, tambahan pula dengan orang luar."


Berdua-duaan
"Kalau untuk makan saja tidak ada masalah. Tapi kalau sudah habis makan tapi masih berdua-duaan dalam kereta, itu sudah tidak patut," katanya.
Mazlan bagaimanapun menegaskan, tidak ada bentuk hukuman ditetapkan untuk kesalahan seperti itu. Jelasnya, langkah yang akan diambil adalah menasihati pelajar dan staf terbabit apabila timbul banyak aduan berhubung tingkah laku mereka.

Tambahnya, beliau tidak tahu sama ada institut pengajian tinggi lain turut mengambil langkah sama seperti kampus tersebut. Katanya lagi, warga kampus itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada kira-kira 1,400 orang pelajar perlu menyedari keadaan sosial setempat di Kuala Lipis yang menurutnya sukar menerima perbuatan seperti itu. Jelasnya, tahap toleransi masyarakat luar bandar itu adalah berbeza daripada masyarakat seperti Kuala Lumpur.

Read More......

Kelebihan puasa dari sudut sains

Semalam isu hangat di Facebook mengenai seorang anak Melayu yang menghina puasa di status Facebook beliau serta mendapat sokongan kawan-kawannya yang kononnya moden sangat. Kesian pada budak ni mungkin dia kurang diberi didikan awal agama oleh ibu bapanya yang kaya harta dunia tetapi terlupa nak hantar anaknya belajar agama.

PUASA memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh, ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.

Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.

Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:

1. Allan Cott, M.D.,
Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
ebook fast






Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev

Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang rasional).

3. Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).

4.  Muzam MG, Ali M.N dan Husain
Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D.
Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan
Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan
Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.

8. Dr. Muhammad Munib
Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental, kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Read More......

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Dapat melalui email yg bertajuk : Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya.

Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…

Read More......

Thursday, August 12, 2010

Sembahyang Jumaat dalam gereja

Sebuah Gereja Katolik berubah menjadi sebuah masjid setiap hari Jumaat, untuk membolehkan penganut Islam menunaikan sembahyang Jumaat. Dalam kariah gereja Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto berhampiran Venice, sebuah bandar romantik Itali, dewan utamanya diubahsuai untuk kegunaan sembahyang Jumaat. Ketua paderi kariah gereja tersebut, Don Aldo Danieli, 71, menegaskan, "Tak berguna bercakap tentang dialog antara agama kalau kita tidak membuka pintu untuk mereka. Pope John Paul II selalu mengucapkan, 'wahai saudara-saudara Muslim'. Kenapa kita harus menutup pintu gereja untuk mereka?

Terdapat kira-kira 11,500 orang penduduk di Ponzano, dengan jumlah keluarga imigran sebanyak 232 menjadikan jumlah kasar penduduk Islam sekitar 650 orang. Kebanyakan mereka datangnya dari Negara-negara Afrika Utara dan Eropah Timur. Dua tahun lalu, Don Aldo memutuskan untuk membenarkan imigran-imigran Muslim menggunakan beberapa bahagian dalam gereja. Pada setiap hari Jumaat, purata kehadiran penganut islam untuk bersembahyang adalah sebanyak 200 orang. Tapi dalam bulan Ramadan, jumlahnya meningkat ke 1000-1200. “Mereka minta kebenaran dan saya kata ya, lagipun, bahagian dapur dan dewan dah penuh dengan sarang labah”.

Keputusan Don Aldo itu telah menimbulkan rasa tidak puas-hati di kalangan beberapa orang ahli kariah. Terdapat juga bantahan di kalangan bishop tempatan dan paderi yang sampai ke pengetahuannya. “Saya belum lagi meminta kebenaran dari bishop, kerana pada saya ia adalah satu bentuk kebajikan. Kebenaran tak diperlukan untuk buat kebajikan. Selain dari itu, saya lebih tua dari bishop tersebut dan juga, pernah menjadi professor beliau di seminary (sekolah paderi). Sekalipun jika dia melarang saya, saya tidak akan berganjak,”kata Don Aldo dalam nada tegas. Dia tidak ragu-ragu untuk berkata, “Orang Islam yang bersembahyang adalah lebih baik dari orang Kristian yang tidak sembahyang. Anda silap jika menggelar saya seorang yang bersikap perkauman,”. Dalam masa dua tahun yang lalu, Don Aldo telah menerima email dan surat –surat yang menasihati beliau supaya “terus kekal bersama jamaah kariahnya”. Menurut Don Aldo lagi, “pope menggesa supaya pintu dibuka untuk Nabi Isa: Nabi Isa juga berada bersama orang Islam.”

Akhir-akhir ini, Itali menjadi destinasi kegemaran imigran terutamanya, dari kalangan beragama Islam dari Afrika Utara dan Eropah Timur. Berhubung dengan situasi ini, masyarakat awam mempunyai pendapat yang berbeza. “Akhirnya, satu isyarat jelas tentang keterbukaan dan penerimaan’, kata seorang dari mereka. “Tak guna untuk bercakap tentang keterbukaan dan kemudian tidak mengamalkannya apabila diri sendiri mempunyai prasangka. Paderi begini membuat kami percaya tentang masa depan,” tulis yang lain. “Perkara yang paling menyedihkan ialah apabila bilangan jemaah pada hari Jumaat lebih ramai dari jemaah hari Ahad”, komen yang lain. “Harap-harap pastor tidak masuk Islam”, sindir seorang lagi. Sungguhpun begitu, majoriti orang awam menyokong pastor Don Aldo. Dalam arus perubahan globalisasi, Itali beransur-ansur dapat membiasakan diri dengan imigran-imigran yang berlainan agama dan budaya. Kes-kes seperti ini telah membawa kepada bertambahnya perdebatan tentang integrasi dan imigrasi di peringkat kawasan dan kebangsaan, dan ini sangat penting bagi Itali, yang mana di dalamnya terletak Jantung Agama Kristian.

Source : Islamic Bulletin





A Catholic Church turns into a mosque every Friday, to enable the Muslim believers to offer their Jumha prayers. In the parish of Our Lady of Assumption of Ponzano Veneto near Venice, the romantic city of Italy, the main hall is converted for use for Jumah prayers.The pastor of the parish, Don Aldo Danieli, 71, affirms, "It's useless to speak of religious dialogue and then bang the door on their face. Pope John Paul II addressed them as, 'dear Muslim brothers'. How can we close our church doors to them?"

At Ponzano, there live some 11,500 people of whom 232 families are immigrants, making their number roughly 650. These are mainly immigrants from North African countries and Eastern Europe. Two years ago, Don Aldo decided to open the doors of the church to these Muslim immigrants and keep a portion of his own parochial house, including a kitchen at their disposal. On Fridays, an average of 200 Muslim believers gather in the church and offer prayers. But in the month of Ramadan, the number swells to 1000-1200. "They requested me and I said yes, moreover, the kitchen and hall were a home for spiders".

The decision of Don Aldo has disturbed the peace of mind of more than a few parishioners. The protests of even the local bishop and priests have reached his ears. "I haven't asked the express permission of the bishop, because it's an act of charity. No permission is needed to do charity. For the rest, I am older than the bishop and been his professor in the seminary too. Even if he had prohibited me, I wouldn't be obliged to obey him," Don Aldo is firm in his resolve. He does not hesitate to proclaim, "Better praying Muslims than non praying Christians. If you brand me a racist, you are wrong". In the last two years Don Aldo has received a number of emails and letters advising him to "remain with his own flock". Don Aldo has taken into confidence the Parish Pastoral Council and is unrelenting. "The pope has exhorted to open wide the doors to Christ: Christ lives in Muslims too."

Italy, of late, has been a favorite destination for immigrants, especially for North African and Eastern European Muslims. The public opinion with regard to immigrants is divided. "At last, a tangible gesture of openness and acceptance", comments one. "It's useless to preach openness and then hold on to one's own prejudices. This priest makes us trust in the future," writes another. "The saddest thing is that the church of Our Lady of Assumption has a larger congregation on Fridays than Sundays", comments another. "Hope one day the pastor does not convert himself to Islam", quips another. Yet the majority is supporting the gesture of the pastor, Don Aldo.

In the changed circumstances of globalization, Italy is slowly getting used to immigrants of religions and cultures other than Christian. Cases like Don Aldo's give rise to regional and national debates on integration and immigration, which are so important to a country in which the Heart of Christianity is situated.


Read More......

Senarai hitam saman ekor, trafik ditarik balik

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.

Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya.

"Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya."
police parliament blockade traffic jams in city area 140708 05
Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

"Saya nasihatkan bahawa mereka yang mempunyai notis-notis itu perlu menjelaskan sekaligus atau secara ansuran."

"Untuk mereka yang membayar dan menyelesaikan notis-notis itu dalam tempoh masa kelonggaran ini, mereka tidak akan dikenakan markah demerit.

"Sistem yang lebih terperinci supaya mereka yang mempunyai notis yang belum selesai, berapa lama mereka boleh memperbaharui lesen memandu dan untuk memperbaharui cukai jalan akan ditentukan dalam satu dua hari ini," katanya.

Read More......

Wednesday, August 11, 2010

Eminem Jatuh Hati Pada Rihanna

PENYANYI rap Eminem dikhabarkan menaruh hati pada penyanyi lagu Rude Boy, Rihanna. Malah dia juga mendapat restu dari keluarganya untuk menjalinkan hubungan dengan penyanyi seksi itu.

Eminem yang baru saja keluar dengan lagu duet bersama Rihanna berjudul Love the Way You Lie ini mengaku tidak akan menolak jika diberi peluang untuk mendekati Rihanna.

Sementara itu, nenek kepada penyanyi ini, Betty Kresin memberitahu bahawa Eminem sangat sesuai berpasangan dengan Rihanna.

"Saya rasa, wanita pasti jatuh hati dengan Marshall (Eminem), dia mempunyai wajah yang tampan dan menawan. Rihanna juga pasti menyadarinya. Marshall memiliki sepasang mata biru yang indah dan senyum yang menawan," ujar Betty seperti dipetik dari Heat Magazine.

Menurut sebuah sumber, penyanyi rap bernama Marshall Mathers ini sedang berkawan rapat dengan Rihanna. Malah kedua-duanya mengaku sering berkomunikasi.

Namun begitu, Rihanna tetap menganggap hubungannya dengan Enimem hanya sebagai rakan biasa dan tidak lebih dari itu.

Seperti yang sedia maklum, Rihanna sudah mengumumkan bahawa dia kini sedang bercinta dengan seorang atlet Baseball, Matt Kemp, sebelum rapat dengan Eminem.

"Sekiranya Rihanna menunjukkan rasa tertarinya pada Marshall, saya pasti Marshall akan berani melamar Rihanna menjadi kekasihnya," ujar sumber tersebut.

Read More......

Angelina Jolie Kuat Berdiet Demi Salt



AKTRES terkenal Hollywood Angelina Jolie, 35, (gambar) sangat bekerja keras supaya kelihatan kurus ketika melakonkan watak agen perisik dalam filem Salt.

Pasangan hidup aktor Hollywood Brad Pitt itu dikhabarkan berdiet yang sangat kuat untuk menjayakan watak Evelyn Salt dalam filem tersebut. Hasilnya, Jolie kelihatan lebih kurus daripada biasa sejak kebelakangan ini.

"Angie sangat memaksa dirinya untuk berdiet. Dia makan lima kali sehari, tapi tanpa susu atau gula," ujar salah seorang ahli keluarga Jolie menurut Showbiz Spy, Selasa.

Selain diet yang ketat, Jolie juga berlatih di gimnasium hampir setiap hari. Wanita itu dipercayai menyewa tiga jurulatih untuk membantunya.

Read More......

Ramadhan di Gaza...

Sudah lebih empat tahun rakyat Gaza dibelenggu oleh embargo. Kini mereka bersiap menyambut ketibaan bulan ketaatan, ampunan, rahmat dan keredhaan, bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, di tengah cuaca yang sangat panas dan ketiadaan bekalan elektrik akibat terhentinya operasi satu-satunya janakuasa yang ada di Gaza akibat kehabisan bahan bakar.

Seorang warga yang berasal dari Kota Gaza, Fadi Dardasawi, 40 tahun berkata, "Ramadhan datang setiap tahun dengan membawa banyak kejutan. Tahun ini Ramadhan datang ketika sebahagian daripada kami menganggur akibat embargo. Derita itu ditambah lagi dengan bekalan elektrik yang terputus secara berterusan dalam jangka waktu yang lama".

Beliau menambah, "Terputusnya bekalan elektrik di bulan Ramadhan ini bermakna kematian kami secara perlahan-lahan di tengah meningkatnya suhu cuaca panas, lebih panas dari kebiasaannya. Ya Allah, ya Tuhan kami, tolonglah kami untuk berpuasa di bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin".

Jabatan Kesihatan Palestin telah memberi amaran kemungkinan berlaku bencana kemanusiaan di Gaza akibat ketiadaan bekalan elektrik dalam jangka masa yang lama. Mereka menyeru kepada semua pihak, baik tempatan mahupun antarabangsa, untuk membantu dan menghantar bekalan bahanapi yang diperlukan ke hospital-hospital bagi melindungi nyawa ratusan pesakit yang terbaring dan memerlukan rawatan. Tanpa bekalan elektrik, bencana kemanusiaan yang besar akan berlaku.

Seorang lagi warga Gaza, Abu Muhammad mengatakan, "Pertama sekali saya memohon kepada Allah agar saya dapat dipanjangkan umur hingga Ramadhan dalam keadaan sihat dan afiat. Kerana manusia tidak dapat menajamin hidup hingga esok. Apa yang ingin saya katakan untuk Ramadhan tahun ini, malahan sama seperti Ramadhan sebelumnya, adalah bahawa rakyat Palestin masih lagi hidup di bawah embargo zalim Zionis yang belum berakhir kerana kelemahan bangsa Arab dan kaum Muslimin".

Dia menyambung, "Benar, saya masih dapat memenuhi keperluan untuk bulan Ramadhan, namun selain daripada saya masih ramai yang tidak mampu membeli walaupun sebiji kurma untuk anak-anak mereka akibat tidak ada pekerjaan. Untuk itu saya menyeru kepada semua orang kaya dan dermawan untuk menyumbang sedikit harta mereka dan mengukir senyuman di wajah rumah-rumah yang tertutup di Gaza. Bulan Ramadhan adalah bulan saling bantu-membantu, persaudaraan dan cinta, dan setiap kebaikan di dalamnya dilipat-gandakan".

Mengenai krisis bekalan elektrik, Abu Muhammad dengan optimis mengulas, "Sejak beberapa bulan kami hidup dalam krisis bekalan elektrik. Benar, hal itu mengeruhkan kebahagiaan Ramadhan dan puasa akibat suhu tinggi di musim panas ini. Namun hal itu tidak akan menimbulkan masalah bagi kami. Saya yakin krisis ini akan selesai dalam waktu terdekat. Untuk itu saya tidak perlu takut dan cemas".

Manakala Abu Muadz yang berasal dari utara Gaza mengatakan, "Harus ada persiapan menyambut Ramadhan dengan mempersiapkan diri membaca al-Quran, menjaga zikir, solat lima waktu, i'tikaf dan solat malam." Dia menambah, "Satu-satunya yang baru di bulan Ramadhan tahun ini adalah tersedianya banyak barang keperluan Ramadhan kerana Israel membenarkan masuk sejumlah barang, selain penyeludupan melalui terowong. Sehinggakan pasar-pasar di Gaza penuh dengan berbagai macam barang." Namun daya beli masyarakat rendah kerana ramai yang kehilangan pekerjaan akibat emabrgo.

Abu Muadz mengatakan, "Ramadhan tahun ini datang ketika banyak masalah membelenggu rakyat Palestin yang sedang diembargo. Embargo masih menjadi masalah yang sangat besar bagi rakyat Palestin, kerana telah menghalang mereka daripada mendapatkan air dan udara. Masalah lain adalah terputusnya bekalan elektrik dalam tempoh yang lama di tengah-tengah cuaca yang sangat panas.

"Bagaimana kami dapat berpuasa di tengah-tengah suhu yang sangat panas dan terputusnya bekalan elektrik, salah satu daripada keduanya meringankan satu sama lain. Namun bila kedua-keduanya berlaku, Ya Allah ya Tuhan kami, tolonglah kami berpuasa di bulan mulia ini."

Read More......

Masjid Besar Lhasa Tibet


Terdapat sekelompok penduduk Islam yang bermastautin dan mempunyai ciri-ciri budaya tersendiri yang ketara juga hidup dalam bandar Lhasa, iaitu "kota suci" agama Buddha aliran Tibet. Mereka dipanggil sebagai "Khache" oleh penduduk tempatan yang lain. Ini mungkin disebabkan nenek moyang mereka, iaitu penduduk Islam terawal di kawasan Tibet yang berasal daripada Kashmir. Kashmir dibunyikan dengan "Khache Yul" dalam bahasa Tibet kuno. Adat resam kehidupan mereka hampir sama dengan etnik Tibet.

Masjid Besar Lhasa Tibet terletak di jalan Hebalin, iaitu sebuah kawasan lama bandar Lhasa. Terletak tidak jauh dari masjid ini ialah Kuil Jokhang yang masyhur. Jikalau kita memandang jauh dari lokasi yang tinggi, kita dapat melihat sebuah menara yang dipasang dengan hiasan bulan sabit amat jelas kelihatan antara kompleks bangunan yang mempunyai corak seni bina tradisional etnik Tibet.







Terdapat sebuah pintu gerbang yang diperbuat daripada kayu di depan pintu utama masjid tersebut. Di atas pintu gerbang ini tertulis nama masjid ini dalam bahasa Arab, Tibet dan Mandarin. Bangunan-bangunan dalam masjid tersebut bukan sahaja mempunyai ciri-ciri agama Islam, malah turut memaparkan keistimewaan seni bina tempatan. Walaupun kedudukannya berhampiran dengan kuil-kuil Buddha, namun rekabentuk bangunan masjid tersebut selari dengan rekabentuk keseluruhan bandar Lhasa yang mencerminkan keharmonian antara budaya dan agama yang berlainan bagi pelbagai etnik.

Masjid Besar Lhasa Tibet merupakan masjid yang paling besar di Tibet setakat ini. Ia dibina pada abad ke-10 Masihi dan telah diperbaiki beberapa kali selepas itu. Aktiviti agama dapat dilakukan dengan lebih sempurna selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan penduduk orang Islam, kerajaan di pelbagai peringkat dan badan-badan berkenaan memberi perhatian sepenuhnya terhadap projek pembinaan semula masjid ini. Sekarang, keluasan pembinaan masjid tersebut telah mencapai lebih 1,160 meter persegi. Sebuah dewan sembahyang yang luas disediakan untuk menampung lebih ramai jemaah bersolat secara berjemaah. Sebanyak 250 hingga 300 orang jemaah Islam datang ke masjid tersebut untuk bersolat pada hari-hari biasa. Manakala, angka tersebut akan mencapai lebih 3,000 orang pada hari Jumaat.

Ya Gu, adalah Imam besar Masjid Besar Lhasa Tibet. Beliau dilahirkan dan dibesarkan sebagai orang Islam di Tibet. Beliau fasih bertutur dalam bahasa Arab, Tibet dan Mandarin. Imam Ya Gu amat mesra ketika bertemu dengan para pengunjung ke masjid ini. Beliau memberitahu wartawan bahawa terdapat tujuh buah masjid di Tibet, antaranya lima buah masjid terletak di Lhasa. Menurut beliau, tujuh masjid ini sudah boleh memenuhi keperluan penduduk orang Islam di Tibet.

Sebuah kawasan kediaman penduduk orang Islam sudah pun wujud di sekeliling masjid tersebut. Banyak restoran makanan halal, orang yang memakai kopiah putih atau tudung kini boleh dilihat lalu lalang dalam kawasan ini.

Read More......

Gambar Pesawat Hampir Terbalik



Satu rakaman video oleh seorang lelaki Portugal menunjukkan detik-detik cemas sebuah pesawat penumpang nyaris terbalik dibadai ribut, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih 140 orang berada dalam pesawat jenis Airbus A310 itu semasa ia mendarat dalam cuaca buruk di sebuah lapangan terbang di Kepulauan Azores, baru-baru ini.


Klip video itu dirakamkan oleh seorang penggemar pesawat, Paulo Santos yang berkunjung ke serata dunia untuk merakamkan gambar pelbagai jenis pesawat.

"Saya melihat pesawat itu terhuyung-hayang semasa ia hendak mendarat dan ketika itu ia ditiup angin kencang menyebabkannya hampir terbalik," kata Santos.

Penerbangan antarabangsa milik syarikat SATA dari Lisbon itu bagaimanapun, bernasib baik kerana tiada penumpang atau krew yang cedera dalam insiden tersebut. 

Read More......

Pewangi dalam kereta meletup

Dapat dari email, dari watermark gambar adalah dari web Bahrain,http://acaciabahrain.com/
 
 Apa pun memang boleh meletup pun pewangi dalam tin ni ni kerana dijemur atas dashboard apa lagi di negara Bahrain yang sentiasa panas.

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Related Posts with 
Thumbnails

Read More......

Linkwith

Related Posts with Thumbnails