xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, August 23, 2010

Ingin mengahwini wanita Qatar?

Habib Toumi of Gulf News – Ogos 15, 2010

Manama: Seorang lelaki muda Qatar memerlukan sehingga satu juta riyal (RM863,146) untuk berkahwin dalam masyarakat di mana kekayaan telah menjadi satu-satunya simbol status sosial yang diterima.

Masalahnya ialah sekalipun Qatar adalah sebuah Negara yang sangat kaya, di mana pendapatan per kapita rakyatnya mencecah $100,000 (RM86,315), tidak semua mampu mengeluarkan belanja bagi satu perkahwinan biasa.

Terutamanya apabila majlis perkahwinan berlangsung dalam masyarakat kecil Qatar yang masih mengutamakan cara tradisi, lapor akbar The Peninsula kelmarin.

Pinjaman Bank

Dan jika sekiranya seorang lelaki muda Qatar itu bukan dari golongan berada, dia masih dapat melangsungkan perkahwinan melalui pembiayaan sendiri, biasanya melalui pinjaman bank, simpanan sendiri atau bantuan keluarga, dia sudah pasti akan terjerat dengan perangkap hutang yang membebankan.

Beberapa lelaki Qatar lebih memilih untuk bekerja dengan kerajaan berbanding swasta, terutamanya kerana ia menjaminkan mereka keselamatan sosial dan memudahkan mereka memiliki rumah idaman melalui pinjaman perumahan jangka-panjang yang lebih ringan.
Dahulunya masyarakat Qatar berpegang kuat kepada ajaran Islam di mana pembaziran dalam sebarang bentuk, termasuk perkahwinan, adalah dilarang.

Walaubagaimanpun, penemuan minyak dalam awal ‘50an telah mengubah struktur sosial Qatar kepada budaya konsumerisme.

Sikap mengutamakan kekayaan berbanding nilai-nilai sosial telah membawa kepada budaya suka bersaing yang begitu ketara. Semangat tolong-menolong yang pada satu masa dulu menjadi ciri utama dalam masyarakat kabilah yang biasa tinggal di kawasan rupabumi kasar Semenanjung Arab, kini digantikan dengan semangat bersaing harta kekayaan dan budaya suka menunjuk, kata akhbar itu lagi.

Keluarga hari ini bersaing antara satu sama lain dalam pemilikan harta benda. Sebagai contoh, jika satu keluarga memiliki tiga buah Land Cruisers dan perabut Itali, jirannya pula pasti berkeinginan memiliki empat buah Land Cruisers dan akan mendapatkan dekor Itali yang terbaru dan malah lebih mahal.

Kajian sosial

Beberapa orang ahli sosiologi Qatar, termasuk Dr. Ameenah Al Jaber, telah membuat kajian tentang isu sosial ini.

Budaya berbelanja besar juga terbawa-bawa ke dalam institusi perkahwinan di Qatar, di mana ianya menjadi terlalu materialistik sehinggakan seorang lelaki Qatar yang berpendapatan sederhana akan mendapati bahawa membiayai perbelanjaan perkahwinan yang tinggi adalah merupakan aspek paling mencabar dalam hidupnya.

Pada masa lalu, kerajaan dan juga beberapa organisasi kebajikan, telah berusaha mengadakan perkahwinan besar-besaran bagi membantu golongan muda Qatar, akan tetapi usaha tersebut tidak mendapat sambutan kerana bagi masyarakat Qatar, tiada keluarga yang akan mengaku secara terbuka bahawa mereka kurang mampu berbanding yang lain.

"Sikap semulajadi suka bersaing secara tidak sihat dan suka melebihkan diri adalah merupakan punca utama kegagalan perkahwinan berkumpulan. Mereka lebih suka dibebankan dengan hutang sepanjang hidup daripada melakukan kebajikan melalui cara perkahwinan yang mereka anggap kelas rendah," kata seorang wartawan kepada The Peninsula.

Perbelanjaan perkahwinan bermula dengan pertunangan. Seorang lelaki Qatar perlu membayar ‘Mahar’. Seorang yang kaya biasanya akan menyediakan ‘mahar’ sebanyak 100,000 riyal (RM86,315) bersama-sama dengan dengan cincin pertunangan yang berharga antara 5000 dan 12,000 riyal (RM4316 – 10,358)

Satu set perhiasan, bertatah berlian, biasanya dipersembahkan kepada bakal pengantin bernilai sekitar 60,000 ke 120,000 riyal (RM51,789 – 103,577).

Perhimpunan keluarga

Majlis itu kemudiannya perlu diraikan dengan sekurang-kurangnya diadakan parti untuk bakal pengantin perempuan, di mana ahli keluarga kedua-dua pihak akan berhimpun. Sebahagian memilih rumah sahaja sebagai lokasi sementara yang lain pula menempah hotel.

Menurut sumber tempatan, dalam setiap kes, purata perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh si lelaki untuk parti seperti ini ialah sekitar 80,000 riyal (RM69,052).

Si lelaki dan wanita itu, sekalipun belum dinikahkan, dibenarkan bertemu selepas pertunangan, tetapi bukan secara bersendirian.

Ideanya adalah untuk membolehkan mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Kebiasaannya, si lelaki akan bertandang ke rumah wanita dan mereka bertemu dengan kehadiran seorang kanak-kanak.












0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails