.
TOKYO: Bintang filem Hollywood, Will Smith menasihati anak lelakinya Jaden,12, supaya menutup mulut untuk salah satu paparan aksi cium pada skrin layar lebar filem The Karate Kid.
Kata Smith dia tadak mahu wajah anaknya itu kelihatan seperti ikan paus kalau dia membuka mulut untuk aksi berkenaan.
Smith memberi nasihat itu selepas mengingati tip isterinya yang turut memberi pesanan serupa semasa dia membintangi filem “Seven Pound” pada tahun 2008.
“Pada layar lebar, jika anda membuka mulut terlalu luas ia akan kelihatan seperti ikan paus, katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.
Tambahnya, seseorang pelakon itu juga akan kelihatan seperti hendak “makan orang” jika dia berbuat demikian dan bukannya kelihatan seperti hendak mencium mereka.
Terdahulu dia menunjukkan cara bercium yang sempurna dengan isterinya yang turut terlibat berlakon dalam filem yang dibintangi oleh bintang Hong Kong Jackie Chan.
Tindakan itu membuatkan anak Jaden ketawa sambil berkata idea itu amat baik untuk membolehkan ayahnya tidak terus bercakap pada masa akan datang.
The Karate Kid menampilkan Jaden sebagai kanak-kanak lelaki yang dilatih untuk mempelajari seni mempertahankan diri daripada Jackie Chan bagi mengelakkannya daripada menjadi mangsa buli.
Smith berkata, penggambaran filem itu dapat membina pengalaman anaknya dan dia benar-benar berharap Jackie Chan dapat mengajar Jaden aksi tersebut.
“Ia bukan sekadar untuk menghasilkan sebuah filem tetapi macam mana hendak menjadi seorang pelakon. Ia adalah mengenai bagaimana melahirkan seorang budak yang mempunyai rasa hormat yang amat bernilai kepada dunia. Untuk melakukan perkara itu, anda hanya boleh melakukan melalui darah, keringat dan air mata,” katanya
Filem ini mendapat sambutan dengan kutipan AS$55.7 juta sewaktu pembukaannya dia Amerika Syarikat Jun lalu. Ia akan ditayangkan di Jepun pada 14 Ogos ini. - AFP
0 comments:
Post a Comment