xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, February 2, 2010

Saya Sedia Hadapi Keadaan Lebih Buruk - Fahrin

TEMPOH seminggu yang diberikan kepada penyampai radio Suria FM, Linda Onn untuk memohon maaf atas kenyataannya di akhbar yang didakwa berunsur fitnah kepada pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad telah pun tamat.

Linda sudah memberi maklum balas melalui peguamnya Datuk Hazman Ahmad untuk berhadapan dengan prosedur undang-undang bagi mempertahankan dirinya di mahkamah.

Ketika diminta mengulas tentang isu saman ini, Fahrin menyatakan kesediannya berhadapan dengan bekas kekasihnya itu di mahkamah.

"Saya tiada apa nak cakap, Linda pun telah beri maklum balas untuk fight perkara ini di mahkamah.
"Seperti yang saya katakan, kalau boleh nak perkara ini diselesaikan dengan baik, sebab itu saya bagi dia tempoh tujuh hari untuk mohon maaf, tapi dia enggan," ujar Fahrin yang diwakili peguam Tengku Naufal Tengku Mansur.

Ketika ditanya tentang kesediaannya untuk menghadapi kenyataan dan situasi lebih teruk yang dijangka akan dikemukakan di mahkamah, Fahrin berkata dia telah bersedia untuk itu.
"Dari dulu saya dah nampak implikasinya, sebab itu saya ambil prinsip berdiam diri. Saya ambil keputusan ini dengan berat hati tapi terpaksa buat juga.

"Dalam surat peguamnya juga ada mengaitkan nama orang lain. Saya tahu lepas ini akan jadi lebih worst dan saya sudah bersedia untuk melalui keadaan yang lebih teruk itu.

"Saya serahkan perkara ini kepada yang lebih arif dan harapkan yang terbaik. Tuhan akan tentukan segalanya," katanya mengakhiri perbualan.

Linda Sah Ke Mahkamah 

LINDA Onn atau Rozalinda Onn melalui peguamnya, Datuk Hazman Ahmad telah membalas notis tuntutan yang dibuat oleh Fahrin Ahmad dengan menafikan kenyataannya di dua akhbar tabloid sebagai berunsur fitnah.
Menurut peguam Tengku Naufal Tengku Mansur, yang mewakili Fahrin Ahmad, kenyataan yang terkandung dalam surat tersebut turut mengheret seorang selebriti lain.

"Linda telahpun menghantar surat melalui peguamnya bahawa dia bersedia membawa perkara ini ke mahkamah dan menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh dua buah akhbar tabloid tersebut sebagai berunsur fitnah.

"Apa yang mengejutkan dia juga telah mengaitkan seorang lagi selebriti dalam kenyataan itu. Linda mendakwa dia hanya mengiyakan kenyataan yang dibuat oleh seorang selebriti lain tentang hal tersebut," katanya.

Tengku Naufal turut memberitahu, beliau masih lagi menunggu kenyataan balas dari dua buah akhbar yang terbabit untuk menfailkan kes tersebut.

"Apa yang pasti Linda telah mengesahkan untuk berjumpa di mahkamah. Namun kami masih dalam proses perbincangan dengan peguam tanpa prejudis dari pihak akhbar," katanya.

Ketika ditanya adakah seorang lagi selebriti turut terlibat, Tengku Naufal memberitahu bahawa perkara tersebut akan ditentukan ketika perbicaraan nanti.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails