ISTERI pemain bola sepak terkenal, Victoria Beckham harus menghentikan amalan dietnya bagi mendapatkan bentuk tubuh yang kurus.
Bekas anggota kumpulan Spice Girls ini sekarang perlu berhenti menjalankan diet menu ikan panggang, sayuran dan kentang kerana dinasihatkan menggemukkan badanya agar boleh mendapatkan cahaya mata lagi.
Bintang yang dulu dikenali dengan nama Posh ini ingin mendapatkan seorang lagi anak perempuan. Menurut The Sun, dokter telah menyarankannya untuk menggemukkan diri jika ingin anak lagi.
Seorang rakan keluarga seperti mengatakan "Bukan rahsia lagi kalau Victoria dan David ingin anak perempuan. Setelah saudara perempuannya mengatakan dia hamil anak perempuan, Vic teruja untuk hamil lagi.
Dia telah diberi amaran tentang amalan dietnya, walaupun itu sehat dan namun harapan untuk dia hamil kurang, apalagi di usia 30-an." Victoria dinasihatkan untuk lebih banyak mengambil makanan karbohidrat.
0 comments:
Post a Comment