SEORANG bekas pengasuh kepada anak-anak Steven Seagal membela aktor yang mahir berkung fu itu dalam kes gangguan seksual membabitkannya.
Sonam Choezom yang bekerja dengan Seagal pada tahun 1996, mendakwa artis popular itu sentiasa berkelakuan baik dan menghormatinya sepanjang tempoh bekerjanya.
Awal bulan ini, Kayden Nguyen memfailkan tuntutan mahkamah bernilai 666,000 paun terhadap pelakon 'Under Seige' itu.
Nguyen mendakwa Seagal memperalatkannya sebagai 'alat permainan seks' apabila memegang jawatan penolong eksekutif.
Selain itu, dua bekas pekerja wanita yang pernah bekerja dengan pelakon terkenal itu turut membuat pengakuan bersumpah bahawa Seagal pernah mengganggu mereka secara seksual.
0 comments:
Post a Comment