Polis Amerika Syarikat cuba untuk mendapatkan semula wang USD100,000 (RM326,311) selepas sejumlah pemandu jalanraya mengutip wang yang terjatuh daripada sebuah van keselamatan.
Orang ramai berebut mengutip wang yang bertaburan selepas sebuah beg berisi wang terjatuh dari belakang sebuah van keselamatan di Ohio, Amerika Syarikat.
Dalam klip gambar menunjukkan, pemandu kereta yang berhenti dan orang ramai mengutip sebanyak mungkin wang mampu mereka bawa.
Ada juga yang menelefon 911 dan membantu polis untuk mengumpul wang.
Akhirnya jumlah yang dapat dikumpul semula hanyalah sebanyak $10,000. Pihak Polis merayu kepada orang ramai yang mengambil wang itu untuk mengembalikan semulanya. Pihak Polis juga mula mengkaji CCTV dan gambar-gambar bagi mengenal pasti sesiapa yang terlibat.
Usaha mengesan individu melalui rakaman CCTV.
0 comments:
Post a Comment