PENYANYI antarabangsa, Leona Lewis seperti kebanyakan kita takut tampil di pentas untuk memberikan persembahan.
Untuk mengatasi kebimbangan tersebut, penyanyi lagu The Bleeding Love itu menulis 'mantera' pada tangannya.
Ia dikatakan dapat menenteramkan hatinya yang runsing.
Lewis sedang membuat persiapan konsert di United Kingdom pada bulan depan.
Dia mengakui gementar memberikan persembahan.
Foto-foto ketika Lewis berada di pentas sering menunjukkan perkataan ditulis pada tangannya.
Ini mewujudkan spekulasi bahawa dia tidak dapat mengingati lirik lagu-lagunya.
0 comments:
Post a Comment