xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, April 27, 2010

KD Nafi Gugur Kandungan Di Australia

PENYANYI popular Indonesia Krisdayanti (KD) menafikan dakwaan pemergiannya ke Australia untuk menggugurkan kandungan dengan menunjukkan bukti rakaman video.

"Memang dia menafikan perkara itu namun saya tidak tahu bahawa dia yang membuat video itu," jelas peguam sekaligus sahabat KD, Elsie Lontoh kepada detikhot ketika dihubungi semalam.

KD merakamkan perjalanannya di Australia menerusi sebuah video yang menunjukkan semua aktivitinya sepanjang berada di negara kanggaru itu.

Dalam salah babak rakaman itu, KD berjalan-jalan di pusat bandar Melbourne smbil menunjukkan kawasan-kawasan yang menarik di sana.

Selain itu, video itu juga menampilkan KD sedang menghias kukunya. Ada juga rakaman yang memperlihatkan adik penyanyi Yuni Shara itu sedang minum coklat panas di sebuah kafe.

Rakaman tersebut khabarnya dibuat oleh adik KD, Ayi.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails