xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, April 9, 2010

Mawi, Fasha Kena Boo di ABPBH2009!

Hai memang banyak betul kejutan yang berlaku dalam Malam Kemuncak Anugerah Bintang Populat Berita Harian 2009 (ABPBH2009).

Tapi, Murai Batu rasa insiden yang paling mengejutkan ialah apabila Murai Batu melihat penonton melaungkan sorakan boo terhadap 2 calon Top 5 ABPBH2009 iaitu Juara Akademi Fantasia Musim Ke-3, Mawi dan pelakon cantik Fasha Sandha.

Selama Murai Batu hadir menyaksikan acara berprestij itu pada setiap tahun, jarang benarlah dengar penonton melaungkan sorakan boo kepada setiap calon Top 5 yang diumumkan. Tetapi apa yang berlaku terhadap Mawi dan Fasha Sandha di ABPBH2009 malam tadi ternyata mengejutkan dan memalukan.

Kedua-kedua selebriti ini di boo ketika nama mereka diumum dalam kategori yang dipertandingkan iaitu Mawi bagi Penyanyi Lelaki Popular dan Fasha (Pelakon TV Wanita Popular).

Fasha bagaimanapun boleh dikira terselamat sebab dia tidak hadir malam tadi, tetapi Mawi sentiasa akrab ditemani isterinya Ekin di dalam dewan Arena Of Stars, Genting Highlands itu pastinya terkedu mendengar sorakan boo penonton itu.

Lepas majlis itu belangsung, Mawi langsung tak nampak batang hidung, malah masa post party pun, dia tak kelihatan muncul-muncul. Entah bila masanya dia balik pun, Murai Batu tak tahu.

Kalau Fasha di boo, Murai Batu boleh faham sangatlah sebab mungkin peminat tak boleh terima dengan beberapa kontroversi yang berlaku terhadapnya terutama tentang isu kacau laki orang.

Tetapi apa fasal Mawi pun kena boo juga. Apalah sangat kontroversi yang dia cetuskan. Yang Murai batu tahu dia ni cuma pernah putus tunang dengan Ina Naim dan kemudian terus berkahwin dengan Ekin. Itu saja.

Seingat Murai Batu juga, inilah juga kali pertama Mawi pulang dengan tangan yang kosong menerusi Kategori Penyanyi Lelaki Popular sejak namanya mula dicalonkan dalam ABPBH2009. Ironinya, kemenangan bagi kategori tersebut telah dirampas oleh penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu Aizat.

Buat Fasha Sandha dan Mawi, Murai Batu harap mereka banyak bersabar dan menerima hakikat ini dengan tenang. Dato Siti pun pernah dikeji kerana isu merampas suami orang. Tetapi, berkat kesabaran, dia berjaya memenangi hati peminatnya semula.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails