xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, April 15, 2010

'Tuan Muda' Dibebaskan




KUANTAN, 15 Mac -- Remaja yang menyamar sebagai Tuan Muda Pahang menutup mukanya dari dirakam jurugambar sejurus dibebaskan setelah direman selama enam hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan di sini, hari ini.

Dia yang dilihat berbaju kemeja jalur biru dan berseluar jeans biru berjaya meloloskan diri dari pemberita yang menunggu sejak tengahari tadi dengan dibawa menaiki kereta jenis Proton Wira oleh seorang lelaki dipercayai keluarganya meninggalkan IPD Kuantan.

Remaja yang berumur 17 tahun itu dibebaskan setelah mendapat keampunan daripada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan dikenakan tiga syarat iaitu perlu memohon maaf dengan baginda sekeluarga, membuat akujanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan mendapatkan kaunseling dalam tempoh yang akan ditentukan polis.

Jumaat lepas, remaja yang berasal dari Bera, Pahang itu ditahan polis di rumah saudaranya di Pekan, ekoran aduan daripada pihak Istana Pahang mengenai kes penyamaran itu.

Remaja terbabit yang merupakan pelajar pintar, dipercayai memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kecil dengan menggunakan gelaran "Yang Mulia Tuan Muda" dan mendakwa bahawa dia adalah anak angkat kepada Tengku Abdullah.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails