KUALA LUMPUR: Isteri Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, dilaporkan mengalami kesan trauma yang teruk susulan penahanan suaminya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atas dakwaan memiliki dadah.
Difahamkan, Safiya Stephanie , 27, juga tidak sanggup keluar rumah kerana bimbang dicemuh masyarakat, termasuk difitnah bersubahat.
Berikutan itu, beliau dan anak tunggalnya, Firdauz Juan, 4, tidak pernah kelihatan setiap kali pelakon berkenaan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) berhubung kes berkenaan.
Safiya juga dikatakan tidak pernah melawat suaminya sepanjang ditahan di Pusat Tahanan Reman, Bukit Jalil sebelum ini.
Ibu mentuanya, Azean Irdawaty ketika menghubungi Berita Harian , berkata bukan menantunya itu tidak menyayangi suaminya tetapi sikap masyarakat yang memaksanya bertindak demikian.
"Isteri mana tidak sayang suami. Kak Yan pasti dia dan anaknya merindui Benjy. Namun, apa pilihan yang mereka ada. Jika ke mahkamah atau balai (polis), belum tentu boleh jumpa dan macam-macam orang cakap nanti," katanya.
Lebih menyedihkan, beliau berkata, menantunya yang bekerja sebagai guru tadika turut diberhentikan majikannya tanpa dinyatakan sebabnya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Benjy.
"Dia diberhentikan kerja tanpa alasan kukuh. Bila sampai ke pejabat (tadika), dia terus dapat surat berhenti. Ini sekali gus menyebabkannya kehilangan sumber pendapatan, termasuk untuk menyara anak mereka.
"Malah, menantu dan cucu Kak Yan turut dihalau dari rumah sewa mereka di Jalan Segambut kononnya atas alasan kes itu yang mendapat liputan meluas media menjejaskan reputasi pemilik rumah itu," katanya sambil menahan kesedihan.
Azean mengakui terpaksa menjaga segala keperluan menantu dan cucunya walaupun beliau sendiri sudah kehilangan sumber pendapatan kerana tidak lagi menerima tawaran berlakon apabila disahkan menghidap kanser payu dara tiga tahun lalu.
" Kak Yan sendiri pun terpaksa bergantung kepada sumbangan orang ramai. Bayangkan, bagaimana Kak Yan mampu menampung perbelanjaan menantu dan cucu dengan sumber kewangan yang terhad ini.
"Duit menjamin Benjy pun kawan-kawan yang tolong. Kak Yan sedih mengapa masyarakat mahu menghukum menantu dan cucu Kak Yan yang tiada kaitan langsung dengan kes ini. Lagipun, Benjy belum dibuktikan bersalah dan kes masih berjalan," katanya.

1 comments:
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Post a Comment