xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Saturday, April 17, 2010

Kerajaan Pusat mahu naikkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang

http://www.kgomez.com/images/penang_bridge_overview.jpg

Kerajaan Pulau Pinang merayu kerajaan pusat supaya tidak menaikkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang memandangkan syarikat konsesi telah memperolehi keuntungan daripada kutipan tol jambatan itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tindakan menaikkan kadar tol adalah tidak wajar dan hanya membebankan pengguna.

"Sejak tahun 1993 hingga tahun 2006, syarikat konsesi telah mengutip sebanyak RM1.7 bilion sedangkan kos penyelenggaraan jambatan itu hanya RM968 juta," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Penang Bridge Sdn Bhd adalah pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dengan tempoh konsesi selama 25 tahun, berakhir pada tahun 2018.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails