xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, April 30, 2010

Lelaki Hidup 70 Tahun Tanpa Makan & Minum

Prahlad Jani daripada India (Mataji), yang mendakwa dirinya telah hidup tanpa makanan dan air untuk lebih daripada tujuh puluh tahun.

Ahli-ahli sains sedang mengkaji seorang lelaki berusia 82 tahun yang mendakwa dia tidak mengambil sebarang makanan atau minuman sejak 70 tahun yang lalu.

Prahlad Jani diletakkan untuk ujian di sebuah hospital di Ahmedabad, di mana dia dipantau dengan teliti dan dikaji oleh India Defence Research Development Organisation, yang percaya dia mungkin mempunyai satu kualiti yang boleh membantu menyelamatkan nyawanya, menurut laporan akhbar The Telegraph.

Setakat ini ia telah menghabiskan masa selama enam hari tanpa makanan atau minuma di bawah pemerhatian ketat para doktor yang berkata badannya masih belum lagi menunjukkan sebarang tanda-tanda kelaparan atau penyahhidratan.

Mr Jani dianggap sebagai "breatharian", suatu keupayaan untuk hidup dengan kehidupan kerohanian sahaja. Dia juga percaya tubuhnya telah bergabung dengan "elixir" tuhan.

Organisasi penyelidikan percaya Mr Jani boleh membongkar rahsia bagi membantu askar-askar atau mangsa-mangsa bencana untuk terus hidup tanpa makanan untuk tempoh yang lebih lama ketika masa-masa krisis.

"Jika dakwaannya disahkan benar, ia merupakan satu perkembangan dalam sains perubatan," kata Dr G Ilavazhagan, Pengarah Defence Institute Physiology & Allied Sciences.

"Kami akan dapat menyelamatkan lebih ramai nyawa manusia ketika bencana alam, altitud tinggi, mengambara di lautan dan sebagainya. Kami boleh mendidik orang ramai tentang teknik-teknik survival dalam situasi buruk dengan hanya sedikit sumber makanan dan air atau tiada langsung sumber makanan."

Bagaimanapun ada yang menuduh Mr Jani sebagai "penipu".

Ahli pemakanan Australia, Dr Joanna McMillan Price, berkata kajian itu satu latihan yang berbahaya dan tidak ada gunanya.

"Apa tujuannya? Bagi menunjukkan kekuatan rohani? Anda akan bertahan untuk lebih daripada satu minggu tanpa air dan makanan, selepas itu otot badan anda akan memecah, akhirnya berlaku serangan ke atas otot-otot jantung yang menyalurkan tenaga untuk otak sehingga akhirnya anda mengalami serangan jantung dan mati," katanya.

Dr McMillan Price kata kepercayaan-kepercayaan Mr Jani mungkin membantu dia mengatasi naluri kehendak asas tetapi secara fizikalnya tidak akan dapat bertahan.

"Kepercayaan spiritual anda boleh memberikan kekuatan mental tetapi idea kerohanian dapat menggantikan makanan dan air sangat melucukan," katanya.

"Dia berjuang untuk tindak balas fisiologikal yang kuat. Badan anda akan mula merasakan kepedihan-kepedihan kerana kelaparan selepas beberapa hari kerana otak anda memberitahu anda yang anda perlu makan atau anda akan mati."

Dr McMillan Price berkata dia tidak yakin Mr Jani dapat kekal bertahan lebih daripada beberapa hari-hari tambahan tanpa air.

"Keazamannya adalah sesuatu yang bagus tetapi saya betul-betul memikirkan ia boleh diletakkan untuk penggunaan lain yang lebih baik daripada berazam tanpa makanan dan air," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails