xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, April 16, 2010

Akhirnya Kekasih KD, Raul Lemos Bersuara!


JAKARTA, 15 APRIL 2010: Selepas sekian lama mendiamkan diri tentang kontroversi yang melanda status dirinya serta hubungan cintanya dengan diva pop, Kris Dayanti atau KD, akhirnya usahawan daripada Timor Leste, Raul Lemos bersedia untuk tampil ke hadapan dan bersuara.

Di kafe Peko-Peko di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan, Raul yang ditemani kakak KD iaitu Yuni Shara memberitahu pihak media bahawa dia seemangnya sudah pun berpisah dengan isterinya, SIlvalay Noor Athalia atau Atha dan status dirinya adalah seorang duda.

"Dan rumahtangga saya bermasalah bukan disebabkan kehadiran orang ketiga mahu pun KD. Kalau KD yang dikaitkan dengan permasalahan rumahtangga kami, itu memang salah.

"Kedua, saya menduda dengan Atha adalah berdasarkan kesepakatan saya dengan dia kerana itu sudah mencukupi kalau mengikuti aturan di negara Timor Leste.

"Kalau di Jakarta mungkin ianya berbeza. Kalau Atha menginginkan secara rasmi berpisah dengan saya atau dalam kata lain bercerai, Atha harus ke Timor Leste dulu, baru sah.

"Ketiga, saya dan Atha menikah secara Islam di Timor Leste. Kalau di Timor Leste, pernikahan saya dan Atha dihadiri oleh kedua keluarga saya dan Atha. Ada saksinya, penghulu dan kita menikah tanpa surat, dan kita sudah menikah tetapi kalau di Indonesia ada surat.

"Yang mengurus surat tergantung daripada kedua-dua pihak pengantin itu sendiri. Oleh kerana saya adalah lelaki dan ingin kepentingan buat anak-anak saya di masa hadapan, maka saya telah menguruskan surat-surat tersebut.

"Kebetulan anak-anak bersekolah di Jakarta. Sekali lagi saya tegaskan kalaupun mau sah bercerai, Atha harus mengurus di Timor Leste dan itu baru sah.

"Keempat, yang harus didakwa tentang hal ini (status duda), bukanlah Yuni Shara tetapi saya kerana Yuni hanya mengatakan apa yang didengarnya dari ucapan saya. Dan ucapan Yuni itu memang sama sepertimana yang dikatakan oleh Yuni.

"Sampai sekarang pun saya msdih memberi nafkah terhadap anak-anak kerana saya masih bertanggungjawab untuk mereka,” katanya.

Raul juga sekali turut menegaskan bahawa kehancuran rumah tangganya dengan Atha sama sekali tidak ada hubungannya dengan KD.

"Rumah tangga saya sudah lama hancur sebelum kehadiran KD lagi," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails