xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, April 28, 2010

Penemuan Sisa Kayu Bahtera Nabi Nuh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWJ_wK9ff1sCmFOg0s-2NY2T8LGXvBkqM_wuaXhtG7gwFhgL2nDDvEhyphenhyphenAsIVkiIaPZMTQK319Zcr4r9trHtPd5giyAfsP60Xr7XVHAvodW7rdbLDhbVg304xmDVGqMUyj2Y3j7eusBiXk/s1600/1.jpg
Penjelajahan pasukan pengkaji Noah's Ark berjaya memasuki ke dalam struktur kayu berusia 4,800 tahun di Snow-capped Mount Ararat. Pakar-pakar dan pegawai-pegawai Turki turut percaya artifak ini ialah Bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark).

Kesan bahtera Nabi Nuh (Noah's Ark) telah ditemui pada ketinggian 13,000ft di sebuah pergunungan Turki.

Sekumpulan penjelajah Cina dan evangelis Turki berkata mereka telah menemui peninggalan kayu di Mount Ararat, Timur Turki.

Mereka mendakwa berdasarkan usia karbon telah membuktikan khazanah-khazanah ini berusia 4,800 berusia - sekitar masa yang sama ketika bahtera ini berlayar.

Yeung Wing Cheung, daripada pasukan penyelidikan antarabangsa 'Noah's Ark Ministries, berkata: "Walaupun bukan 100 peratus pasti, tetapi kami yakin ia 99.9 peratus bahawa inilah peninggalan bahtera itu."

Katanya struktur yang mengandungi beberapa ruang-ruang, denganbeberapa batang kayu, bahawa mereka percaya ianya untuk ruang bagi tempat tinggal binatang.

Kumpulan ahli arkeologi evangelis turt menemui satu penempatan manusia yang tidak pernah dijumpai sebelum ini pada ketinggian 11,000ft, menurut Yeung.

Pegawai-pegawai Turki tempatan akan memohon kerajaan pusat di Ankara bagi status UNESCO World Heritage agar tapak ini dapat dilindungi manakala satu galian arkeologi utama turut dapat dijalankan.

Sebelum ini telah ramai yang mempercayai Mount Ararat, titik tertinggi di rantau ini, ialah di mana letaknya bahtera Nabi Nuh terkandas bersama pengikut-pengikutnya.



Gambar sekitar pencarian Bahtera Nabi Nuh.


http://images.huffingtonpost.com/gadgets/slideshows/6445/slide_6445_85512_large.jpg

http://i.huffpost.com/gadgets/slideshows/6445/slide_6445_85520_large.jpg?1272424983163

http://i.huffpost.com/gadgets/slideshows/6445/slide_6445_85521_large.jpg?1272424918122

http://i.huffpost.com/gadgets/slideshows/6445/slide_6445_85524_large.jpg?1272424940423

http://i.huffpost.com/gadgets/slideshows/6445/slide_6445_85527_large.jpg?1272425011964

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails