Rakyat Palestin bertempiaran lari semasa pertempuran dengan askar Israel di sebuah kampung di Tebing Barat, Beit Awwa, dekat Hebron pada 26 April, 2010. Pertempuran meletus setelah askar Israel membunuh seorang ahli Hamas briged Izz el-Deen al-Qassam, Ali Al-Sewiti.
Ramallah, 26 April -- Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin (PNA) dan pergerakan Islam Hamas mengutuk pembunuhan pemimpin kanan Hamas oleh tentera Israel dalam satu serbuan di Tebing Barat.
Perdana Menteri, Salam Fayyad dikatakan kerajaannya "mengutuk dasar pembunuhan Israel dan ini melemahkan usaha-usaha damai PNA" di Tebing Barat.
Pagi Isnin semalam, angkatan tentera Israel telah membunuh Ali Al-Sewiti yang bersembunyi di dalam sebuah rumah di Beit, kawasan kejiranan Ouwa di Hebron Selatan yang dikawal oleh PNA.
Tentera Israel sering menjalankan operasi di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PNA di Tebing Barat.
Sementara itu, pergerakan Islam Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza, menyalahkan PNA di atas pembunuhan komandernya kerana PNA menjalinkan hubungan keselamatan dengan Israel. "Lebih banyak jalinan keselamatan dengan Israel bererti lebuh banyak kematian rakyat kita," Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas, memberitahu media.
Barhoum menyeru PNA "tidak terikat dengan jalinan bersama pihak keselamatan bagi menghalang pencerobohan Israel."
Sebelum itu pada pagi Isnin, seorang jurucakap tentera Israel berkata askar Israel dan aktivis-aktivis Palestin berbalas tembakan apabila tentera Israel datang bagi menahan mereka di Beit Ouwa.
Al-Sewiti menolak untuk menyerah diri.
Penduduk-penduduk yang marah mula membaling batu ke atas tentera penceroboh Israel selepas tersebarnya berita kematian Al-Sewiti, yang dikehendaki sejak tujuh tahun lalu. Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin telah cedera dalam pertempuran itu, menurut saksi-saksi.
Dua pemilik rumah tempat Al-Sewiti bersembunyi telah ditahan, menurut sumber pihak keselamatan Palestin.
Rakyat Palestin mengusung jenazah as-syahid Ali Al-Sewiti semasa pengebumiannya di kampung Tebing Barat, Beit Awwa, berdekatan Hebron.
Askar Israel mengambil kedudukan semasa pertempuran dengan penentang-penentang Palestin di kampung Tebing Barat, Beit Awwa, dekat Hebron 26 April, 2010. Pertempuran meletus setelah askar Israel yang disokong dengan pesawat perang telah membunuh pada Isnin pagi seorang ahli Hamas, briged Izz el-Deen al-Qassam, Ali Al-Sewiti, orang yang dikehendaki.
Aku masih lagi hairan dan termangu,
Ketika saudara seIslam kita dibedil Israel laknatullah,
Masih ada YANG TERGAMAK menjalinkan hubungan dengan mereka,
Masih ada YANG TERGAMAK melantik syarikat APCO mereka sebagai penasihat,
Masih ada YANG TERGAMAK bersekongkol dengan Amerika-Israel menyekat negara Islam Iran,
Masih ada YANG TERGAMAK mengundi/memilih Parti APCO sebagai wakil mereka,(Ya! Majoritinya melayu Islam)
Masih ada YANG TERGAMAK berlakon berhimpun dulunya memboikot produk Israel!!
Ahh...Telunjuk lurus, Kelingking berkait...
Dan MELAYU juga yang terus diperbodohkan akhirnya..
0 comments:
Post a Comment