xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, April 28, 2010

Bus stop dari seluruh dunia

Dah lama sungguh aku tak naik bas apalagi anak-anak aku. Celik mata bapak diaorang dah ada kereta, sebab tu anak aku ada yang tak pernah naik bas. Pada cuti sekolah yang lepas aku bawak anak aku naik keretapi pergi ke Kluang dan balik naik bas ekspress sebelum naik bas sambung semula ke stesyen keretapi. Bukan main seronok diaorang walaupun penat. Kalau duk di KL boleh bawa naik Star LRT atau Putra.
Beginilah nikmat budak-budak sekarang begitu juga dengan mak bapak budak. Sekarang kereta lebih mudah dan murah untuk dimiliki. Tidak payahlah susah -susah jalan kaki, naik bas atau naik motor macam iklan Grand Livina tu.

Bus Stop sekarang ni pun selain dari dipenuhi oleh pelajar sekolah dan IPT ianya dipenuhi oleh pekerja asing sahaja. Mereka yang memenuhi kenderaan awam sehingga ada kawan aku yang mencerita pengalaman dia yang naik satu bas penuh dengan pendatang asing kecuali dia seorang warga tempatan tidak termasuk pemandu dan kelindan bas.

Ok kita tengok bus stop dari seluruh dunia yang kreatif dan selesa dari seluruh dunia. Mungkin boleh ditiru oleh majlis tempatan agar dapat menarik minat orang kita untuk naik kenderaan awam supaya dapat mengurang kesesakan jalanraya. Barulah aku pergi kereta tak jem hohoho


0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails