xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, June 15, 2010

Zaiton Sameon Popular Tahun 80-an, Kisah Hidup Ke Filem Pada 2010?


20 tahun mendiamkan diri daripada dunia hiburan selepas kemalangan yang menimpa’nya pada tahun 1990 meragut segala populariti dan kemewahan Zaiton Sameon. Dan pada tahun 2010, tiba-tiba ada pihak terpanggil untuk menjadi’kan kisah hidup’nya ke layar perak atas alasan kasihan. Kami tidak terpujuk sangat dengan sentimen ihsan daripada produser, kerana dalam mana-mana perniagaan sekali pun, soal keuntungan tetap menjadi fokus no.1.

Lalu, apakah relevan’nya kisah Zaiton Sameon ini difilemkan? Beliau hanya popular pada tahun 80-an bagi tempoh masa yang pendek sahaja. Kalau di’ikutkan, kebanyakkan peminat hiburan tanah air pada tahun 2010 tidak mengenali secara mendalam dengan bakat Zaiton Sameon. Kami hari ini lebih mengenali Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan lain-lain.

Kalau dikira pada tahap diva sekalipun, kisah hidup Sharifah Aini atau perjalanan seni kumpulan Wings & Search lebih menarik.

Satu hal lagi, pihak produser Bruang Filem turut menyerahkan wang sebanyak RM10,000 kepada Zaiton Sameon sebagai tanda komitmen. Aisehmen, kalau betul kasihan’kan Zaiton Sameon, sepatut’nya beliau terima lebih banyak daripada jumlah RM10000.

By the way, kami ingin bertanya, berapa ramaikah di antara anda yang sanggup membeli tiket wayang bagi menonton filem ini?

*Filem Zaiton Ceritaku menelan kos sebanyak 1.2 juta ini bakal memulakan pengambaran pada 15 Jun ini. Filem ini dibarisi oleh pelakon Mislina Mustaffa, Harun Salim Bachik, Ako Mustaffa, Watie Elite dan ramai lagi.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails