Berita penyebaran video itu kini menjadi perbincangan hangat di laman sosial Facebook dan Twitter.
Terdapat dua rakaman video itu.
Video pertama itu berlangsung selama dua minit 37 saat manakala video kedua berdurasi lebih enam minit 39 saat.
Menurut beberapa akhbar itu, video tersebut telah dirakamkan pada 23 Mac 2009 di sebuah hotel di Bali.
Rakaman tersebut dikatakan bakal menjadi isu hangat dan menggemparkan kerana dalam video itu kedua-dua mereka melakukan hubungan seks.
Sementara itu, Luna menafikan wanita dalam video itu ialah dirinya.
Pelakon itu berkata, dia tidak mempunyai tatu di pinggul kiri seperti yang terdapat pada wanita dalam video tersebut.
“Tidaklah, saya tidak mempunyai tatu kupu-kupu di pinggul kiri,” kata Luna.
Luna berkata, dia ingin mencari siapa yang menjadi dalang penyebaran video itu tetapi enggan memfailkan sebarang pendakwaaan di mahkamah.
Menurutnya, dia mendapat tahu mengenai penyebaran video itu daripada media di Internet.
“Saya amat terkejut,” kata Luna dengan wajahnya kelihatan pucat semasa ditanya pemberita mengenai video tersebut.
Pelakon itu enggan mengulas lanjut mengenai isu ‘panas’ itu.
0 comments:
Post a Comment