Apabila kapal Mavi Marmara, kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang disertai oleh rakyat Malaysia diserang dan ditawan Israel pada 31 Mei lalu, seluruh dunia mengutuk tindakan tersebut, termasuk Malaysia.
Perarakan bantahan oleh rakyat di adakan seluruh negara dan seluruh dunia. Semua tidak dapat menerima akan tindakan Isreal menahan dan menawan kapal misi bantuan tersebut. Malahan ianya dilakukan di perairan antarabangsa yang sepatutnya Israel tiada hak langsung terhadap tindakan tersebut.
Tapi kerana Amerika berada dibelakangnya, Israel tidak ambil peduli dengan kemarahan antarabangsa. Sehingga ke hari ini tidak ada tindakan konkrit yang di ambil selain mengutuk, itu lah saja.
Malaysia melalui PM nya Najib Razak membawa usul tersebut ke Parlimen. Najib seperti biasa berapi-rapi mengutuk Israel dalam usulnya. Akhirnya usul diluluskan sebulat suara untuk mengutuk Israel. Hebat sungguh Malaysia yang diketui Najib, sanggup dan berani mengutuk Israel. Satu-satu nya negara di dunia yang paling samseng.
Dalam kita masih memperkatakan tentang kezaliman Israel, kajahatan yang dilakukannya, kutukan yang dilemparkan oleh seluruh dunia, tiba-tiba kapal dagang Israel dibenarkan berlabuh di Malaysia Isnin lalu? Walhal Malaysia tidak ada apa-apa hubungan diplomatik pun dengan Israel ... Ramai rakyat tak percaya ... tapi itu lah realitinaya ... dan itu lah 1Malaysia Apco. yang di ketui Najib Razak ...
Yang menariknya, Sweden sebuah negara kafir, sanggup tidak membenarkan kapal Israel berlabuh di pelabuhannya ... tapi Malaysia BOLEH ... kah kah kah
0 comments:
Post a Comment