Jose Agostinho Pereira yang tinggal di sebuah desa nelayan terpencil di timur laut Brazil. Lelaki berumur 54 tahun itu mengurung anaknya yang kini berumur 28 tahun di rumah mereka yang beratap jerami di desa Experimento.
Menurut seorang polis yang terlibat dalam penangkapan Pereira, kediaman lelaki itu terletak di lokasi yang sangat terpencil di kawasan hutan. Satu-satunya cara untuk sampai ke tempat tersebut adalah dengan menggunakan perahu.
Brazil digemparkan dengan kes seorang lelaki yang mengurung dan memperkosa anak kandungnya selama 12 tahun. Selama pemerkosaan yang berulang kali itu anak kandungnya telah melahirkan tujuh orang anak.
Ketujuh anak hasil hubungan tersebut dalam keadaan yang menyedihkan. Mereka mengalami kekurangan gizi. Mereka juga tak pandai berkomunikasi antara satu sama lain. Bahkan ketika polis mendatangi gubuk Pereira, sebahagian anak-anak itu tidak berpakaian.
Pereira ditangkap pada Selasa, 8 Jun lalu dan ketika ini mendekam di penjara di Kota Pinheiro, negara bahagian Maranhao, 2.250 kilometer sebelah utara Rio de Janeiro.
Inspektor polis Brasil, Jair Lima de Paiva mengatakan, Pereira mula mengurung anaknya sejak isterinya meninggalkan beliau pada tahun 1998. Ketujuh anak hasil hubungan terlarang tersebut berumur antara dua bulan hingga 12 tahun. Ketujuh anak tersebut juga dikurung di dalam rumah.
“Tak satu pun dari mereka dibolehkan meninggalkan rumah. Tak ada yang tahu membaca, mereka nyaris tak dapat berkomunikasi dengan orang lain,” kata Paiva seperti disiarkan Sydney Morning Herald, Khamis (10/6/2010).
0 comments:
Post a Comment