PEMUZIK Rap, Eminem (gambar) berkata, dia takut mengakui dia sebenarnya mengalami penyakit ketagih dadah kerana bimbang orang lain akan melihatnya sebagai individu yang 'lemah'.
"Saya memerlukan tempoh untuk mengakui saya mempunyai masalah ini. Dalam dunia hip-hop ia boleh disalahtafsirkan sebagai kelemahan. Saya tidak mahu mengaku saya lemah," katanya.
Ditanya apakah nasihat yang dia akan berikan kepada mereka yang menghadapi masalah yang sama, katanya: "Itu adalah soalan yang sukar. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengelakkan pertanyaan sebegitu."
"Saya boleh berkata perkara yang klise - pastikan anda kekal di landasan yang betul. Anda perlu membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan anda," ujarnya
0 comments:
Post a Comment