Tanpa memikirkan sensitiviti agama dan budaya Timur, ada wanita di negara ini, termasuk gadis Melayu beragama Islam, tergamak memakai pelbagai tatu di beberapa bahagian badan semata-mata mahu merangsang pasangan masing-masing ‘beraksi’ hebat di ranjang.
Tanpa memikirkan hukum haramnya dalam agama atau sememangnya mereka ini jahil tentang agama,mereka sanggup melakukan perkara yang telah diharamkan oleh Allah untuk dipakai dianggota badan.
Malah ada yang melukis tatu dibadan mereka gara-gara desakan oleh teman lelaki mereka yang bukan beragama islam,semata-mata untuk memperlihatkan kemodenan dan keseksian mereka di kalangan masyarakat tanpa memikirkan tentang lalnat dari Allah.
Budaya "Bertatu" ini semakin parah dan menular dikalangan wanita melayu yang beragama islam di ibu kota.Mereka seolah-olah berasa bangga dengan memperkenakan tatu ditubuh badan mereka.
Malah kebanyakkan mereka apabila ditanya,mereka menyatakan bahawa mereka tidak tahu hukumnya haram dalam agama.Mengapa anak gadis islam ini begitu jahil tentang agama?
Mungkin ibu bapa mereka yang tidak menerapkan nilai agama dalam kehidupan berkeluarga,tetapi perlu diingat "Persekitaran" kini banyak memainkan peranan menghancurkan remaja islam masakini.
Olehitu,kerajaan yang perlu dipertanggungjawabkan kerana gagal menyediakan "Persekitaran" yang mengarahkan remaja masakini ke arah kebaikan.Pusat-pusat hiburan yang naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan,ditambahkan lagi dengan pelbagai hiburan di kaca TV,menyebabkan masyarakat lalai dari mengabdikan diri kepada Allah.
Yang kaya ialah syarikat Yahudi yang menaja rancangan tersebut dan pihak kerajaan juga tergila-gila mendapatkan cukai daripada rancangan yang melalaikan itu.
"Islam itu Tinggi,Tidak ada yang lebih tinggi darinya"maka sudah tentulah hanya dengan syariat islam sahaja dapat menyelesaikan masalah keruntuhan moral ramaja islam masakini.Sekiranya pihak pemerintah iatu kerajaan lalai,maka tunggulah ketibaan "Yau Mul Masyar" iaitu hari pembalasan dimana setiap apa yang kita lakukan akan diperhitungan dihadapan Allah.
Malah yang lebih azab ialah,tangan-tangan manusia yang menaikkan sesebuah kerajaan yang menyuburkan maksiat dan melalaikan manusia dengan kehidupan dunia semata-mata.
xSAM Chat
Monday, June 7, 2010
Kegilaan Gadis Memakai "Tatu Rangsangan seks"...
Posted by MeLPenang at 2:23:00 PM
Labels: Tempatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment