xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Sunday, June 6, 2010

Kehamilan Isteri Satu Keajaiban - Travolta

                                                  Travolta dan isteri Kelly Preston
AKTOR Hollywood, John Travolta menyifatkan kehamilan isterinya satu keajaiban dan bersyukur dengan rahmat Tuhan.

Bintang filem Pulp Fiction itu mempunyai seorang anak perempuan, Ella, 10, hasil perkongsian hidup dengan isteri, Kelly Preston yang juga aktres.

Travolta mendedahkan isterinya hanya hamil selepas beberapa tahun dan berterima kasih dengan pihak yang mendoakan mereka.

Travolta, 56, dan Preston, 47, kehilangan anak lelaki mereka, Jett, 16 pada Januari, 2009.

Anaknya mati selepas serangan penyakit yang tiba-tiba semasa percutian keluarga ke Bahamas.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails