xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Friday, June 18, 2010

Azrinaz dicerai, gelaran Diraja ditarik balik

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat-kuasa petang semalam.

Pengumuman rasmi dibuat Istana Brunei, 8 malam semalam menerusi laman berita nasional Brunei iaitu http://www.rtbnews.rtb.gov.bn.

P

erceraian itu diumumkan Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar yang disiarkan di laman web berkenaan.

“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010,” katanya dipetik dari laman itu.

Mengikut pengumuman sama, semua gelaran diraja ditarik balik.

Azrinaz Mazhar diijab kabul dengan Sultan Brunei pada satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 2005 yang hanya dihadiri keluarga dan saudara terdekat kedua-dua pihak.

Berita perkahwinan mereka menjadi tumpuan dunia dan menjadi antara maklumat carian internet paling pupolar ketika itu.

Mereka mempunyai seorang putera dan puteri, yang masing-masing berusia empat tahun dan dua tahun.

Lebih dikenali dengan panggilan Naz, beliau mengambil jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999.

Beliau pernah dipilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM dua tahun kemudian.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails