xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Monday, June 14, 2010

Aaron Johnson & Anton Yelchin Mungkin Bintang Terbaru Spiderman



PELAKON Hollywood, Aaron Johnson dan Anton Yelchin disenaraipendek untuk memegang watak utama untuk sambungan filem Spiderman.

Sebelum ini, pelakon Jamie Bell disebut-sebut sebagai pelakon watak Peter Parker dalam filem tersebut.

Johnson dianggap layak membawakan watak Parker selepas berlakon dalam filem Kick-Ass. Yelchin turut dikatakan mempunyai peluang yang sama kerana kehebatan lakonannya sebagai Kyle Reese dalam filem Terminator Salvation.

Dalam filem Spiderman terbaru itu ia mengisahkan perjalanan hidup Peter Parker semasa zaman persekolahan menengahnya.

Tobey Maguire yang pernah berlakon dalam tiga filem Spider-Man tidak akan tampil dalam filem terbaru nanti.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails