PENYANYI Cheryl Cole yang memfailkan kes penceraian terhadap suaminya, Ashley Cole dijangka menerima RM19.64 juta sebagai bayaran pampasan.
Sebelum ini, penyanyi Girls Aloud enggan menerima sebarang bayaran daripada pemain bola sepak kelab Chelsea itu.
Menurut laporan media, Cheryl juga membenarkannya tinggal di rumah agam mereka yang bernilai RM 28.16 juta.
Satu sumber memberitahu, Ashley menjangka memperolehi jumlah pampasan yang sama dengan isterinya selepas menandatangani kertas perceraian tersebut.
0 comments:
Post a Comment