xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, October 1, 2009

Ibu Manohara akan ditangkap



Daisy Fajarina yang merupakan ibu model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot akan ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia pada bila-bila masa berhubung kes penderaan yang dilakukannya terhadap seorang pembantu rumahnya.

Menurut sebuah akhbar kelmarin, aktivis wanita yang menangani kes tersebut, Ratna Sarumpaet mendakwa Daisy akan ditangkap kerana mendera pembantu rumah itu, Shaliha semasa gadis tersebut diambil bekerja dengannya di Perancis.

"Kita memeriksa surat yang telah dikeluarkan pihak berkuasa Perancis. Surat itu sudah dikirimkan kepada pihak berkuasa di sini dan jika (siasatan) sudah selesai, pihak Interpol akan menangkapnya," tegasnya.

Menurutnya, beberapa pihak yang berkaitan dengan kes itu akan diminta memberi keterangan termasuk ibu Daisy yang ketika ini menetap di Makassar.

Sementara itu, Daisy masih belum dapat dihubungi untuk memberi ulasan berhubung kes tangkapannya.

Daisy sebelum ini mendapat liputan media kerana mendakwa anaknya, Manohara mengalami penderaan seksual semasa hidup bersama suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails