xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Wednesday, October 7, 2009

Pelajar Buang janin di tandas sekolah



Sebuah sekolah rendah di sini, gempar apabila seorang murid perempuan menemui satu janin berusia kurang dua bulan dalam tandas ketika mahu membuang air, kira-kira 11.30 pagi kelmarin.

Murid yang enggan dikenali itu, berkata dia menyangka objek masih berdarah itu kotak rokok berwarna merah kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini.

Katanya, terlalu takut melihatkan kesan tompokan darah yang banyak menyebabkan dia terus memberitahu guru kelas perkara itu.

“Kemudian guru kelas saya meminta tukang cuci sekolah segera membersihkan tandas perempuan itu. Rasa nak pengsan kerana terlalu takut lihat benda (janin) itu yang dibuang tepi lubang mangkuk tandas ini,” katanya.

Sementara itu, warga sekolah itu yang ditemui enggan mendedahkan identiti murid dan guru sekolah mereka atas arahan pihak atasan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi yang dihubungi berkata, polis sedang menjalankan siasatan terhadap kes itu dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat.

Menurutnya, hasil maklumat yang diperoleh menunjukkan janin itu ditemui di tepi koridor pada jam 9 pagi kelmarin.

“Unit Forensik daripada cawangan Cheras membuat siasatan juga mendapati terdapat kesan darah di tandas perempuan tempat asal janin itu ditemui.

“Jabatan Kimia juga telah mengesahkan bahawa objek yang ditemui itu adalah janin berdasarkan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails