PETALING JAYA: Para peminat bintang handalan Beyonce Knowles mungkin akan kecewa lagi kerana penyanyi Amerika Syarikat itu telah menangguhkan konsertnya 'I am... Sasha Fierce' di Malaysia.
Konsert itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Ahad ini waktu malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Bagaimanapun, ia telah ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.
"Penangguhan itu adalah atas keputusan artis berkenaan dan tidak berpunca daripada faktor-faktor luaran," menurut kenyataan penganjur-penganjur Marctensia dan UCSI Communications semalam.
Para peminat yang telah membeli tiket-tiket konsert dan tidak ingin menunggu pengumuman tarikh konsert yang baru boleh menuntut bayaran balik dari 26 Oktober hingga 14 November ini di ibu pejabat Ticket Axcess di Petaling Jaya.
Mereka juga boleh menghubungi 03-7711 5000 atau layari www.axcess.com.my .
Semalam, para pengguna rangkaian sosial dalam talian Twitter hebat memperbincangkan sama ada konsert Beyonce itu telah dibatalkan.
PAS telah membantah persembahan Beyonce di Malaysia atas alasan "gaya pakaian artis itu yang kurang sesuai".
Namun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tiada sebab untuk menghalang konsert itu di negara ini sekiranya penyanyi terkenal itu akur dengan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan oleh kerajaan
0 comments:
Post a Comment