xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Thursday, October 22, 2009

Detik Tony Blair dihina di masjid


SEORANG pengawal kesleamatan menghalang tindakan lelaki yang menjerit ke arah Blair.


TEBING BARAT - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair kelmarin diselamatkan oleh beberapa pengawal peribadinya daripada didekati oleh seorang lelaki Palestin yang menggelarnya pengganas semasa dia melawat sebuah masjid di sini.

Lelaki Palestin itu membawa sebuah beg dan sedang berdoa apabila Blair dan rombongan lawatannya memasuki masjid tersebut.

"Kedatangan dia (Blair) tidak diundang di tanah Palestin," jerit lelaki itu sebelum diheret keluar oleh beberapa anggota keselamatan Palestin.

Lelaki itu yang merupakan penyokong Parti Pembebasan Islam Hizbut-Tahrir dibebaskan selepas Blair meninggalkan masjid berkenaan.


BLAIR diiringi Gabenor Hebron Dr. Hussein a-Aaraj (dua dari kiri) melawat sebuah masjid di Tebing Barat kelmarin.


Blair yang merupakan Utusan Khas Asia Barat Untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia masih mampu tersenyum selepas kejadian itu.

"Tahukah anda? Dia membuat protes dan itu sudah cukup memadai," kata Blair yang berumur 56 tahun kepada pemberita selepas lelaki itu ditangkap.

"Adalah penting untuk anda tidak selalu membuat andaian bahawa protes itu merupakan pandangan keseluruhan penduduk," tambahnya.


SEORANG lelaki menjerit ke arah Blair di sebuah masjid di Tebing Barat.


Jurucakap Blair, Matthew Doyle menyatakan bekas perdana menteri itu tidak berada dalam situasi bahaya semasa kejadian tersebut.

"Dia (lelaki itu) berada di kawasan bertentangan dalam masjid dan menjerit," katanya.

Kejadian itu berlaku beberapa hari selepas Blair didakwa sebagai penjenayah perang oleh bapa seorang askar Britain yang terbunuh di Iraq.

Semasa Blair menjadi perdana menteri, dia membuat keputusan untuk menyertai Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq pada 2003 untuk menggulingkan Saddam Hussein yang menjadi presiden ketika itu. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails