Jan Grzebski yang bekerja di sebuah stesen kereta api mengalami kemalangan di tempat kerjanya berikutan dilanggar oleh sebuah gerabak pada tahun 1988.
Kejadian tersebut mengakibatkan kepalanya terperangkap antara dua gerabak kereta api itu.
Grzebski yang bangun pada 3 Jun 2007 mendapati dirinya telah berubah dan ditemani isterinya Gertruda di sisi.
Doktor yang merawat Grzebski hanya memberi jaminan selama dua tahun untuknya kembali dari koma kerana mendapati dia mempunyai ketumbuhan di otaknya.
Menurut doktor tersebut, isteri Grzebski adalah antara penyebab dia boleh kembali sedar kerana tidak pernah lupa tanggungjawab menjaga suaminya walaupun dalam keadaan koma.
Grzebski yang bangun dari koma ketika berumur 65 tahun memberitahu bahawa dia sering bersama keluarga dan saudara maranya yang tidak pernah putus-putus memberi sokongan untuknya kembali bangun.
Selain itu, dia berasa pelik dengan dunia sekarang yang memperlihatkan kemodenan yang tidak terfikir olehnya. Dia begitu bangga dengan keunikan fesyen, jalan raya yang maju dan iklan-ikalan TV pada masa sekarang.
Sebagai isteri, Gertruda memberitahu yang dirinya tidak pernah lupa untuk berdoa dan banyak masa dihabiskan dengan menangis sepanjang suaminya koma.
Grzebski memberitahu dirinya begitu bertuah kerana dapat merasai kehidupan buat kali kedua.
0 comments:
Post a Comment