xSAM Chat


ShoutMix chat widget

Tuesday, January 19, 2010

Moscow Jam Kerana Hacker Porno

Paparan billboard yang menayangkan filem porno...

Satu paparan skrin televisyen besar memaparkan filem pornografi menyebabkan kesesakan lalu lintas waktu tengah malam di Moscow pada hari Khamis lalu. Ini kerana pemandu kereta menekan brek dengan cepat kerana tergamam dan melopong apabila mendengar suara mengerang dan wanita yang sedang bogel.

Pemilik skrin pengiklanan, yang terletak di atas sebatang jalan raya utama hanya tidak jauh dari selatan Kremlin, memberitahu agensi berita RIA penggodam telah menceroboh masuk ke dalam sistem komputer skrin dan menayangkan paparan filem porno.

'Sama ada mereka adalah samseng atau daripada syarikat-syarikat pesaing,' Viktor Laptev, pengarah komersial firma pengiklanan Panno.ru, memberitahu RIA.

Rakaman berita menunjukkan banyak kenderaan bergerak perlahan untuk melihat di skrin yang menayangkan video daripada laman web lucah - pornografi diharamkan di televisyen sebelum Soviet Union jatuh pada 1991.

Pihak berkuasa menyatakan mereka sedang menyiasat kejadian itu, RIA menambah.

0 comments:

Post a Comment

Linkwith

Related Posts with Thumbnails